Berita & Isu Semasa, Hiburan

Indah Ruhaila Mengaku Sudah Putus Tunang

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Indah Ruhaila Mengaku Sudah Putus Tunang

Jujur mengakui kisah peribadinya, penyanyi yang merupakan bekas bintang Akademi Fantasia 2013, Indah Ruhaila atau nama sebenarnya Siti Ruhailah binti Hussein, 29 akhirnya mengaku sudah putus tunang menerusi foto terkini yang dibuat naiknya semalam ke akaun Instagram.

IKLAN

Dalam kenyataan itu, Indah mendedahkan dirinya dan bekas tunang yang hanya dikenali sebagai Mr R masing-masing ada melakukan kesilapan sepanjang perhubungan mereka.

“Saya manusia tidak sempurna dan saya meletakkan diri saya paling bawah.

“Saya ingin memohon maaf atas segala khilaf kepada semua pihak yang terjejas dengan isu ini terutama ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan,” katanya.

Penyanyi lagu Di Sebalik Takdir itu berkata, dia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukannya. Indah juga tidak akan memberi komen lanjut dan enggan membicarakan hal berkenaan kerana banyak hati perlu dijaga. “Saya juga memohon supaya diberi ruang dan privasi bagi diri saya dan keluarga sempena hari dan bulan baik ini,” katanya.

Sehingga kini, perkongsiannya itu kemudian mendapat lebih 527 likes biarpun ruangan komen telah disekat mungkin bagi mengelakkan pengguna lain mengeruhkan keadaan.

Sebelum ini, Indah menafikan dakwaan kononnya menjalin hubungan dengan lelaki lain seperti didakwa oleh seorang individu yang dikenalinya. Indah juga enggan menjawab status hubungan dengan tunangnya ketika ditanya sebelum ini.

IKLAN

SUMBER