Anak sulung kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, 38 semalam selamat melangsungkan pernikahannya bersama pilihan hati yang merupakan seorang ahli pernigaan.
Pernikahannya dengan datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff, 47 itu berlangsung di Masjid al-Haram.
Dipetik dari laporan portal berita Malaysian Digest, Saiful yang juga Pengarah Urusan Menara Rezeki Sdn Bhd berkata, cintanya berputik selepas beberapa kali terlibat dalam urusan perniagaan bersama Nurulhidayah sejak awal tahun ini.
“Saya tidak percaya. Pelan asal kami adalah untuk memberitahu hal ini kepada keluarga kami di Makkah, tetapi cukup bertuah, kami di sini hari ini untuk meraikan perkahwinan kami,” jelasnya.
Kata Nurulhidayah pula, dia akhirnya mendapat persetujuan daripada kedua ibu dan bapanya secara tidak langsung memudahkan lagi urusan pernikahannya bersama pasangan meskipun pada awalnya mereka agak kurang senang untuk menerima lamaran Saiful.
Suami kepada Nurulhidayah meninggal dunia Jun tahun lalu selepas mendapatkan rawatan pergigian di sebuah klinik swasta di Bangsar.
Kes kematian Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi kini sedang dibicarakan di mahkamah.