Buat sesetengah individu yang tidak mempunyai kampung atau mereka yang hanya beraya di Kuala Lumpur sahaja, apa salahnya anda ambil masa berhibur sambil melepaskan tekanan dengan cara yang paling unik, menyambut lebaran di taman tema Sunway Lagoon.
Melihatkan Hari Raya yang turut disambut sebagai oleh mereka yang bukan beragama Islam sebagai perayaan utama di Malaysia, Sunway Lagoon tampil menganjurkan pelbagai aktiviti menarik musim Aidilfitri ini mengajak semua untuk sama-sama turut serta dalam acara sambutan Hari Raya dengan cara yang paling hipster sekali!
Berhibur menyanyi bersama dengan ditemani alunan muzik Cray Cray DJ Spinning yang pasti mengujakan buat anda dan rakan-rakan serta kaum keluarga bahkan jangan lupa merakam foto kenangan paling gempak di booth bergambar Hipster Raya Posse yang disediakan.
Setelah itu, menari dan tonjolkan bakat terpedam di Mali Cove Swag Dance atau bisa sahaja terjun ke kolam untuk sertai Hipster Raya Pool Party! Bukan itu sahaja, aktiviti di tepi pantai seperti Sepak Takraw pun ada juga buat pengunjung semua!
Ini lah masa terbaik untuk anda serta tersayang berkumpul bersama, mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kaum keluarga dan kenalan, bermesra sambil berseronok di samping merayakan Hari Raya Aidilfitri.
Semua aktiviti yang diadakan bersempena musim perayaan ini ada;ah bertemakan sambutan Hari Raya ala hipster untuk menjadi tarikan kepada para pelancong asing sama-sama merasakan suasana Hari Raya di Sunway Lagoon.
Bagi peluang merebut Vespa bernilai RM15,000, sertai peraduan Spend & Win Raya Contest apabila berbelanja sekurang-kurangnya RM100 dalam satu resit di mana-mana gerai atau kedai yang terdapatt dalam kawasan taman tema untuk layak mengisi borang peraduan.
Hantar borang yang siap diisi bersama resit bukti pembelian di Nickelodeon Store (Pintu Masuk Utama), Sahara (Zulu Walk) dan Surf haven (Pintu Masuk ke Surf Beach).
Untuk keterangan lanjut, sila klik [sunwaylagoon.com] atau lawat Facebook rasmi Sunway Lagoon Malaysia di [www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia].