Fesyen

10 Fakta Menarik Tentang Beg Tangan Kegemaran Queen Elizabeth

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
10 Fakta Menarik Tentang Beg Tangan Kegemaran Queen Elizabeth

Sebagai seorang penggemar beg tangan bersaiz genit, penulis memang dah lama tertarik dengan koleksi tas milik Queen Elizabeth.

IKLAN
Sumber: Pinterest

Jika anda seorang penggemar fesyen seperti penulis, anda pasti peka dengan gaya yang sering ditampilkan figura terkemuka seperti selebriti termasuklah mereka yang berasal dari golongan berstatus seperti Queen Elizabeth sendiri. Terdahulu, mendiang Puteri Diana juga sering menjadi perhatian media kerana gaya fesyennya yang sangat artistik dan bersifat tersendiri.

Sumber: Daily Mail/ Getty Images

Jadi, apa yang menarik sangat tentang tas tangan kegemaran Queen Elizabeth ini?

Sumber: Kiera Reilly

Launer adalah jenama beg tangan mewah buatan London kegemaran Queen Elizabeth sejak tahun 1968. Ini kerana beg tangan tersebut mempunyai reka bentuk yang ringkas dan formal, bersesuaian dengan gaya dan personaliti seorang ratu yang dibawakan oleh Queen Elizabeth melihatkan beliau sering menggayakan pakaian rona terang dan lebih padan apabila digayakan dengan aksesori yang minimalis.

10 Fakta Tentang Beg Tangan Kegemaran Queen Elizabeth

Sumber: Pinterest

#1 Cermin Poket & Gincu Wajib Ada Dalam Beg

Sumber: eonline.com

Melihatkan dirinya yang sering menghadiri majlis keramaian serta sering menjadi perhatian lensa kamera dan umum, antara barang yang akan dimuatkan bersama dalam beg tangan Launer kegemarannya adalah gula-gula penyegar nafas, sebatang pena tinta, cermin poket, gincu dan beberapa item peribadi lain.

#2 Bawa Gambar Keluarga Ke Mana Sahaja

Sumber: eonline.com

Seorang yang penyayang, kata pakar beg tangan diraja, Queen Elizabeth sering membawa foto keluarganya dalam beg tangan. 

IKLAN

#3 Bawa Pencangkuk Beg

Sumber: eonline.com

Sering membawa tas yang sama kerana obses dengan jenama beg tangan Launer tersebut, Queen Elizabeth sangat menjaga keadaan beg tangannya agar tidak mudah rosak dan reput. Oleh itu, beliau sering membawa pencangkuk beg bersama untuk menggantung beg tangannya di penjuru meja apabila berada di majlis-majlis keramaian ketika berlangsungnya acara bersantap.

#4 Dipenuhi Barang-Barang Kecemasan

Sumber: eonline.com

Kata seorang kakitangan diraja yang sering berdamping dengannya, beliau adalah wanita yang praktikal kerana sering membawa satu seluar dalam gantian, benang dan jarum, sarung tangan serta satu kain lembab yang siap disembur dengan wangian lavender (akan digunakan ketika cuaca panas).

#5 Bawa Duit Kertas £5 Atau £10 Setiap Hari Ahad

Sumber: Pinterest

Bedell Smith, penulis buku biografi Elizabeth the Queen: The Woemn Behind The Throne berkata, pada hari biasa beliau langsung tidak akan membawa sebarang dompet atau wang dalam beg tangan.

Sumber: Great British Magazine

Beliau cuma akan membawa wang kertas bernilai £5 atau £10 yang siap dilipat pada setiap hari Ahad untuk didermakan ke tabung gereja yang dihadirinya.

#6 Tangan Kiri

Sumber: Pinterest

Queen Elizabeth akan membawa beg tangan menggunakan tangan sebelah kiri.

#7 Koleksi Beg Launer Lebih 200

Sumber: Pinterest

Dikhabarkan Queen Elizabeth mempunyai lebih 200 beg tangan jenama Launer pelbagai warna dan rekaan. Queen Elizabeth mula jatuh cinta dengan jenama mewah itu sejak tahun 1968.

Sumber: Fashion Mommy

Namun rekaan kegemarannya adalah tas kulit rona hitam klasik jenis Traviata dari Launer.

***sebab itu selalu nampak beliau ulang pakai beg tangan hitam yang sama.

#8 Kaca Mata Untuk Membaca

Sumber: Getty Images

Selain membawa gincu jenama Clarins untuk disapu ke bibir setiap kali warna gincunya pudar selepas makan, beliau juga memuatkan kaca mata rabun dekat khas untuk membaca dalam beg.

#9 Tak Suka Beg Berzip

Sumber: Pinterest

Sebab itu boleh lihat, rata-rata beg tangan Launer yang digayakannya adalah tidak berzip agar mudah untuk mengakses (memasuk dan mengeluarkan) barangan tanpa halangan.

#10 Sebagai Signal Rahsia Kepada Staf

Sumber: Wikipedia

Sejak kebelakangan ini terbongkar kisah bahawa Queen Elizabeth menggunakan beg tangan sebagai isyarat untuk disampaikan kepada pegawai beribadinya. 

Sumber: Pinterest
  • Mengalihkan beg dari satu tangan ke tangan yang satu lagi bermaksud dia bersedia untuk menghentikan perbualan dengan orang yang berada di kelilingnya waktu itu.
  • Meletakkan beg atas lantai bermaksud dia tidak seronok dengan perbualan yang sedang disertainya.
  • Meletakkan beg tangan di atas meja santapan di majlis keramaian bermaksud dia bersedia untuk menamatkan sesi atau acara makan tersebut.
Sumber: Pinterest

RUJUKAN 1, 2, 3 & 4