Berita & Isu Semasa

[7 Gambar] Gelandangan Tak Hairan Dengan Sumbangan, Bersepah Makanan Tak Terusik

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
[7 Gambar] Gelandangan Tak Hairan Dengan Sumbangan, Bersepah Makanan Tak Terusik

Setiap kali menjelangnya Ramadan, pasti ramai individu yang berebut-rebut untuk melakukan amal ibadah termasuk bersedekah kepada mereka yang tidak bernasib baik seperti golongan gelandangan.

IKLAN

Biar pun begitu, baru-baru ini tersebar satu foto di mana terdapat beratus bekas makanan terbiar yang isinya langsung tidak disentuh, bersepah di perkarangan Masjid Negara.

Sumber: Facebook/Penang Kini

Foto tersebut telah dikongsi seorang pengguna media sosial menerusi akaun Facebook menjadi viral sejak Sabtu lalu.

Sumber: Facebook/Penang Kini

Ramai yang terusik dengan situasi dalam foto berkenaan dan menyifatkannya sebagai suatu pembaziran yang melampau. Ada juga berpendapat bahawa pihak yang tampil memberi sumbangan tidak menjalankan pengurusan secara sistematik.

Sumber: Facebook/Penang Kini

Antara komen orang ramai di entri FB Penang Kini:
@Bullet Ksatria: “Kalau nak bersedekah lebih baik beri sedekah dana seperti wang, sejadah, buku-buku agama, peralatan harian pada orang-orang miskin, rumah orang-orang tua, rumah anak yatim dan pondok-pondok agama.”

Sumber: Facebook/Penang Kini
Sumber: Facebook/Penang Kini

@Nur Azlin: “Sedekah makanan secara random macam ni rasanya tidak penting sangat pun. Majoriti yang dijamu makan tu masih mampu beli dan masak sendiri. Kalau tak habis memang akan jadi pembaziran macam tu. Beri sedekah pada yang tak mampu dan yang memerlukan lebih baik daripada membazir.”
@Razak Ann: “Pergi bagi dekat sekolah anak-anak yatim. Ubah konsep dari bagi kat orang macam itu saja. Baik fokus pada rumah anak-anak yatim dan sekolah-sekolah agama. Cadangan saja. Nak ikut boleh dan nak kecam pun boleh.”
@Arie Phakdee: “Sayangnya tengok nasi dibazirkan macam tu sahaja, orang kita ni pun satu jugak perangai, nak sedekah tu sedekah la, tapi jangan pakai longgok gitu saja, kena la pastikan sampai pada golongan sasaran, jangan letak dan tinggal macam itu saja.”

Sumber: Facebook/Penang Kini

Apa pendapat anda tentang isu ini?

SUMBER 1 & 2

IKLAN