Ramadan & Aidilfitri, Tips - Fesyen

Beg Jerami Aksesori Pelengkap Gaya Aidilfitri

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Beg Jerami Aksesori Pelengkap Gaya Aidilfitri

Ramai anak muda masa kini lebih tertarik untuk bergaya seiring dengan trend fesyen semasa melupakan asal usul gaya fesyen klasik yang sebenarnya lebih gah.

Bagi penulis sendiri, penulis lebih memilih untuk bergaya ala klasik kerana perinciannya sensual bahkan memiliki aura yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata kerana sifatnya begitu tersendiri.

Sama seperti beg tangan jerami ini…

Aneka bentuk, aneka saiz, aneka warna… semuanya memiliki sifat unik memukau yang pastinya memukau untuk digayakan lebaran ini.

Manis sopan menggayakan pakaian kebangsaan, jangan sesekali lupa aksesori yang sebenarnya berfungsi sebagai penyeri kepada persona yang dibawakan. Selain kasut, pemilihan beg tangan juga mustahak tahu?

Ayuh Wanista kongsikan tips!

#1 Sesuaikan Dengan Saiz Badan [Beli]

ZARA: RM269

Bukan sahaja untuk beg  tangan jerami, apa sahaja beg yang anda pakai haruslah disesuaikan dengan saiz badan. Jika tubuh anda bersaiz kecil (petite) seperti penulis, pilihlah beg yang genit. Jangan biarkan saiz beg mengaburi gaya anda :)

#2 Perincian Untuk Kemewahan Ranggi [Beli]

Jika anda adalah seorang “budak bandar”, sudah tentu anda gemarkan sesuatu yang ditemani elemen moden kan?

ZARA: RM199

Beg jerami rekaan terkini tidak lagi terhad seperti dahulu, jadi buatlah pilihan yang tepat bedasarkan cita rasa peribadi seperti beg jerami yang dihiasi sulaman manik menggoda!

#3 Kantung Jerut Untuk Gaya Comel! [Beli]

Buat anda yang memakai baju kurung ala kampung seperti baju kurung cotton atau mungkin juga busana lebaran yang polos tanpa corak, kantung jerut bersaiz comel ini pasti nampak manis bila digandingkan bersama.

ZARA: RM199.90

Cukup untuk anda muatkan kaca mata gelap, gincu, tisu poket, telefon pintar, cermin dan beg duit semasa beraya nanti!

#4 Tote Untuk Gaya Versatile! [Beli]

Alah lecehnya bila kena bawa banyak jenis beg untuk dipadankan dengan pelbagai gaya pakaian semasa balik kampung nanti!

Untuk selesaikan masalah anda, apa kata cari satu beg yang sesuai dengan semua jenis baju.

ZARA: RM199.90

Bukan saja sesuai untuk dipadankan dengan baju kurung atau pakaian raya yang lain, dengan pakaian berseluar sebagai peneman gaya kasual santai pun nampak cantik tau! Jadi, tak payahlah bawa banyak jenis beg tangan masa balik kampung nanti. 

#5 Nonya Kebaya [Beli]

Ada ke yang bergaya ala ratu kebaya untuk raya tahun ni? Jom tiru inspirasi fesyen Saloma dengan menggayakan beg dengan reka bentuk melengkung umpama bakul ini.

ZARA: RM249

Klasik tapi masih lagi nampak bergaya dengan perincian rekaan moden pada tali pemegang.

Boleh pakai tiga cara, sama ada gantungkan di bahu, disilangkan pada badan mahupun jinjit saja di pergelangan tangan. Serius menawan!

#6 Beg Kepit Serlah Elegan [Beli]

Anda seorang yang tangkas dan gemarkan aksesori ringkas, beg kepit adalah jawapannya.

BACA  [ LOOKBOOK # 6 ] Inspirasi Summer Dress - Padanan 3 Set Fesyen Yang Berbeza!!
Corgi Fashion: RM59

Tak salah gayakan beg kepit dengan busana lebaran anda. Pasti kelihatan stilo serta-merta!

#7 Mix & Match! [Beli]

Suka bermain dengan elemen eksentrik untuk jadi lain daripada yang lain? Boleh cuba padankan beg berbentuk tembikai sebegini untuk tarik perhatian mereka yang memandang.

Corgi Fashion: RM59

See… tak susah pun sebenarnya nak bergaya sakan di pagi raya kan? Perlu pandai pilih aksesori yang betul and you are good to go!

Semoga bermanfaat buat anda yang masih buntu dan,

Selamat Hari Raya! ❤️

Komen Anda