Produk penjagaan diri Halal, Antabax, memastikan semua keperluan kebersihan anda ketika dalam perjalanan terjaga dengan barisan produk pembasmi kuman yang anda boleh bawa ke mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Barisan pembasmi kuman Antabax ini amat sesuai untuk keperluan pembersihan yang pantas tetapi menyeluruh ketika anda sibuk membuat persiapan untuk Ramadan dan Hari Raya termasuklah sewaktu perjalanan balik kampung yang menceriakan.
Terdiri daripada tiga produk hebat bersaiz poket iaitu tisu, gel dan spray pembasmi kuman Antabax, yang amat sesuai digunakan dalam keadaan yang memerlukan perbersihan pantas dan bersih. Saiznya yang kecil tidak akan mengambil ruang yang banyak di dalam beg tangan; beg kembara; beg bayi; kantung pinggang; kotak kecemasan mahupun kereta.
Memberikan perlindungan 24 jam dan membasmi 99.9% kuman berbahaya, produk ini dirumuskan dengan vitamin untuk kulit dan Aloe Vera bagi memastikan kulit anda sentiasa sihat dan lembap sementara Sistem Derma Protect produk ini pula mengandungi Serum Micro Moisture bagi menjadikan tangan lembut, licin dan sihat.
Antabax diuji secara dermatolgi pada kulit sensitif ini terbukti sesuai untuk penggunaan harian.