Bersebelahan Mid Valley Megamall, The Gardens Mall adalah antara pusat membeli-belah pilihan ramai kerana selain lokasinya yang strategik, dekorasi musim perayaannya juga adalah antara yang dinanti-nantikan ramai setiap tahun!
Tahun ini, The Gardens mengambil langkah proaktif untuk mengekalkan tradisi adat Melayu campuran Timur Tengah yang kemudiannya diterap menerusi seleksi aktivti menarik yang bisa menghiburkan pengujung saban minggu sempena Aidilfitri 2017.
Kemeriahan berganda apabila turut berpeluang mempelajari aneka resepi hidangan Raya popular termasuklah Rendang Ayam Cili Api, Nasi Briyani Johor dan Kek Sarang Lebah.
Bagi meraikan keseronokan buat mereka yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba kekurangan, The Gardens Mall menyumbangkan RM10,000 kepada Food Aid Foundtaion iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang mengumpul dan menerima sebarang makanan atau sumber makanan yang masih boleh dimanfaatkan daripada individu mahupun mana-mana syarikat besar, kilang pengeluar, pengedar, pemborong dan peruncit untuk diedarkan kepada rumah-rumah kebajikan serta golongan yang memerlukan.
Bukan itu sahaja, bagi mengutamakan mereka yang dalam kesempitan, The Gardens juga bekerjasama dengan Jaya Grocer membolehkan pelanggan membeli barang keperluan harian berbentuk minyak masak, tepung, gula dan sebagainya untuk didermakan kepada yang tidak bernasib baik.
Keseluruhan hiasan dalaman pusat membeli-belah juga telah berubah wajah berkonsepkan ciri dekorasi ala Moroko rona biru putih, boleh dilihat menghiasi ruang legar tingkat bawah The Garden. Saksikan juga persembahan muzik dan tarian menarik setiap hujung minggu bermula 9 Jun hingga 2 Julai akan datang!
Pengunjung yang berbelanja RM700 ke atas dalam satu resit berpeluang mendapatkan satu kotak perhiasan berserta dua set sampul raya.
Untuk keterangan lanjut, sila lawat laman Facebook The Gardens Mall [www.facebook.com/thegardensmallmalaysia] atau layari laman sesawang Food Aid Foundation di [www.foodaidfoundation.org].