Hari ini, P&G Malaysia (P&G) mengorak langkah memberi sentuhan peribadi kepada pengalaman pelanggan digital menerusi pelancaran akaun LINE rasminya, ‘Confidence Squad’.
Menerusi akaun ini, P&G berhasrat untuk mengukuhkan kehadirannya dalam talian, di samping mempromosikan komunikasi langsung dengan pelanggannya menerusi perkongsian tip kecantikan, penampilan diri dan gaya hidup, serta pelbagai ganjaran dan promosi yang boleh ditebus di Watsons Malaysia.
‘Confidence Squad’ terdiri daripada persona-persona unik melambangkan pelbagai jenama utamanya. Phoebe (melambangkan Pantene), Gaven (melambangkan Gillette), Daisy (melambangkan Downy) dan Hansen (melambangkan Head & Shoulders) akan menawarkan pelbagai tip, cara dan ganjaran eksklusif bagi membantu semua pengikut akaun ‘Confidence Squad’.
Bagi meraikan pelancaran akaun LINE ‘Confidence Squad’, P&G menganjurkan peraduan ‘Lucky Chance’ dari 26 Jun 2017 hingga 30 Jun 2017. Pengikut ‘Confidence Squad’ boleh mengambil bahagian dalam satu pertandingan di mana mereka perlu menjawab satu soalan mudah, dan satu pengikut bertuah akan dipilih secara rawak setiap hari untuk memenangi sebuah iPhone 7 dan baucer-baucer untuk membeli pelbagai produk P&G.
Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan P&G Malaysia bagi para pengguna, sila cari dan ikuti ‘Confidence Squad’ di LINE. Jadilah yang pertama untuk menerima maklumat terkini dan pelbagai ganjaran eksklusif!