Berita & Isu Semasa

CIMB Beri Cuti Sebulan Kepada Suami Yang Dapat Anak Sulung

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic
CIMB Beri Cuti Sebulan Kepada Suami Yang Dapat Anak Sulung

CIMB Bank Berhad mengumumkan cuti paterniti berbayar selama sebulan kepada kakitangan lelaki yang mendapat anak pertama, bermula hari ini.

Dilaporkan, dasar itu membolehkan golongan bapa meluangkan lebih banyak masa bersama dengan anak pertama mereka disamping berkongsi tanggungjawab dengan isteri.

Mengikut dasar baharu itu, cuti paterniti berbayar dinaikkan daripada tiga hari bekerja berturut-turut kepada sebulan (30 hari berturut-turut).

Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin, berkata dasar berkenaan adalah pelengkap kepada Program Peremajaan Kakitangan yang membenarkan kakitangan CIMB mengambil hingga enam bulan cuti tidak berbayar atas sebab peribadi.

“Inisiatif ini selaras dengan usaha CIMB yang sentiasa meningkatkan kebajikan pekerja melalui dasar kesaksamaan gender.

“Ini adalah satu lagi inisiatif dalam menunjukkan bagaimana CIMB menghargai kakitangannya dengan memastikan ia mendapat sokongan dalam usaha mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan seharian.

“Ia sekali gus mencerminkan usaha keseluruhan kami untuk melaksanakan amalan terbaik global dalam pengurusan sumber manusia,” katanya.

SUMBER

Komen Anda