Kecantikan, Tips - Kecantikan

Foundation Ini Sesuai Untuk Anda Yang Malas Dan Nak Cepat Siap

Izzah Azizah
/
Obses dengan benda cantik + kucing
Foundation Ini Sesuai Untuk Anda Yang Malas Dan Nak Cepat Siap

Suka makeup tapi sejenis nak cepat, siapa macam ni?

Dalam dunia persolekan kini terdapat pelbagai jenis teknik, produk untuk dijadikan pilihan setiap individu. Bila dah ada banyak jenis pasti ada penyelesaian untuk kerenah mereka yang sentiasa rushing tapi tetap ingin tampil cantik seperti menghabiskan 3 jam bersolek. 

Biasanya teknik mengaplikasi bedak asas mengambil masa yang lama untuk hasil solekan yang licin dan flawless. Iyalah, kalau pakai tepek dan tidak mengemas bedak asas di permukaan kulit memang makeup jadi bercapuk dan tidak tahan lama. 

Jalan penyelesaian?

Penulis cadangkan untuk anda gunakan bedak asas jenis stick atau lebih dikenali sebagai stick foundation.

Foto – Inglot

Ramai yang tidak tahu stick foundation terdapat pelbagai kelebihan berbanding foundation lain. Bagi anda yang gemar hasil makeup matte dan litupan yang sedikit tebal, yes! stick foundation. Cara menggunakan juga amat mudah, hanya lukis beberapa garis dibahagian wajah anda sebelum blend menggunakan berus atau span. 

Stick foudation juga boleh menggantikan concealer anda, cuma lapiskan lebih dibahagian cela atau bawah mata. Peraturan paling penting bila anda guna stick foundation ialah:

  1. Tidak menyapu terlalu tebal, cukup lapisan pertama dengan sapuan nipis dahulu dan baru ditambah. 
  2. Pastikan anda menyapu rata menggunakan berus atau span. 

Tonton video dibawah cara aplikasi stick foundation: 

Hasil stick foundation sama sahaja dengan hasil mana-mana foundation jenis lain, namun anda perlu berhati-hati pilih stick foundation bersesuaian dengan masalah kulit anda. Bagi yang kulit kering, anda dinasihatkan tidak memakai stick foundation terlalu tebal. Stick foundation juga sesuai untuk dibawa kemana-mana kerana ia lebih kompak seperti bentuk gincu, jadi nak simpan dalam beg tangan pun boleh. 

Selamat mencuba!

Komen Anda