Cinta & Perhubungan

Jika 10 Sebab Ini Anda Inginkan Teman Lelaki, Lupakan Saja!

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Jika 10 Sebab Ini Anda Inginkan Teman Lelaki, Lupakan Saja!

Ada di antara kita tidak dapat bersendirian ataupun tidak boleh hidup tanpa ada orang tersayang di sampingnya. Kiranya, baru lepas putus cinta sudah ada pengganti. Kerana apa? Jawapan mereka, bosan atau sunyilah seorang tanpa teman. Pelik bukan?

IKLAN

Tapi tahukah anda buruk akibatnya jika anda terlalu cepat punya pengganti sedangkan keadaan anda masih tidak elok.

Malah, jika 10 sebab ini anda inginkan teman lelaki, lupakanlah.

Rasa tidak yakin – Mungkin dengan adanya teman lelaki di samping, rasa tidak yakin boleh hilang jauh, mungkin anda akan rasa lebih selesa malah gembira. Anda masih orang yang sama, sama ada single ataupun sudah berpunya. Anda tidak boleh mengharapkan teman lelaki untuk menukar persepsi anda sendiri ataupun ubah diri anda.

Kemurungan – Mungkin anda rasakan ada seseorang untuk bercakap atau berlawak boleh memecah kesedihan. Tapi ia bukanlah cara terbaik untuk menghilangkan kemurungan anda. Anda tidak boleh bergantung kepada orang lain untuk membuat anda bahagia. Jika anda lakukan, anda akan berakhir kecewa. Anda yang berkuasa ke atas kebahagiaan diri sendiri, dan anda perlu berupaya untuk sentiasa gembira sama ada dengan atau tanpa teman lelaki.

Kesunyian – Jangan disebabkan anda kesunyian, anda terus ingin lompat ke dalam perhubungan. Bayangkan anda date dengan individu tidak sepatutnya bukankah anda juga akan rasa sunyi. Daripada cepat sangat cari pengganti, cuba hadapinya dengan baik. Percayalah anda tidak akan berasa sunyi jika anda mengisi masa dengan betul. Peace!

Masalah kewangan – Percaya atau tidak, setengah daripada wanita inginkan teman lelaki agar mereka boleh hidup senang. Makan dan pakai mereka dijamin dengan adanya teman lelaki, walaupun sebenarnya mereka langsung tidak menyukai lelaki tersebut. Bukankah itu perkara yang tidak baik.

Ingin lupakan bekas teman lelaki – Ya! Perkara ini berlaku. Rasa kecewa dengan perpisahan lama maka cuba berkawan dengan seseorang untuk lupakan bekas teman lelaki. Anda hanya mengelirukan diri sendiri bila berbuat demikian.

Rasa bosan – Rasa bosan dengan kehidupan bujang lalu anda inginkan teman lelaki. Jika kena dengan caranya, mungkin anda akan ketemu dengan lelaki yang elok. Tetapi anda tidak boleh date seseorang hanya kerana anda merasakan bosan. Hari ini bosan maka ingin jalinkan hubungan cinta bila rasa sudah ‘bosan’ dengan teman lelaki maka tinggalkannya. Anda ingat anda hebat sangat ke permainkan perasaan orang?

IKLAN

Cemburu – Cemburu melihat kebahagiaan kawan atau adik beradik sendiri maka anda inginkan teman lelaki. Tanya diri sendiri, betulkah keputusan anda?

Rebound – Bila anda hanya harapkan si dia sekadar mahu melepaskan sakit cinta kekasih yang lama, persoalannya siapa yang sakit sebenarnya? Mungkin ia dirasakan tidak adil bagi kebanyakan orang tetapi fasa di dalam sesuatu perhubungan yang dipanggil rebound ini boleh dikatakan salah satu cara yang terbaik untuk sesetengah individu yang ingin melupakan hati yang terluka akibat perpisahan dengan bekas kekasih.

Foto – Buzzfeed

Sebelum anda terjerumus ke dalam perhubungan seterusnya, seeloknya fikir masak-masak. Peace!