Fesyen, Ramadan & Aidilfitri

Edisi Raya! Inspirasi Fesyen Kaftan Sedondon Ibu-Anak Ala Selebriti Indonesia

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Edisi Raya! Inspirasi Fesyen Kaftan Sedondon Ibu-Anak Ala Selebriti Indonesia

Pejam celik pejam celik, lebaran sudah semakin hampir. Dan seperti biasa sekarang ini semua para ibu pasti sibuk membuat persiapan, menyediakan biskut raya, dekorasi rumah dan paling penting baju raya. Iyelah kalau tak ada baju raya, macam mana nak glamor di pagi hari raya kan?

IKLAN

Bercakap pasal baju raya, terdapat pelbagai fesyen di pasaran, ada baju kurung moden, kurung pahang, peplum, kurung kedah, jubah dan pelbagai lagi. Tapi dalam banyak-banyak fesyen ini, ada satu fesyen yang menjadi pilihan penulis, fesyen kaftan. Kenapa penulis memilih kaftan? Sebab ianya selesa dan mudah untuk dipadankan dengan apa sahaja outfit, boleh jadi seluar mahupun kain, sangat mudah.

Jadi, pada sesiapa yang masih lagi mencari, ini Wanista kongsikan beberapa inspirasi gaya selebriti dalam balutan kaftan cukup manis di pagi raya. Malah sesuai untuk anda yang sentiasa inginkan konsep padanan sedondon buat si ibu dan anak.

#1 Wulan Guritno dan anak perempuan.

Foto – Vemale

#2 Dian Sastrowardoyo dan sang putri tampil dalam persalinan kaftan rona pastel yang cukup manis.

Foto – Vemale

#3 Simple yet sweet selebriti bernama Ririn ini dalam persalinan kaftan kuning.

Foto – Vemale

#4 Ashanty bersama anak-anaknya tampil dalam balutan kaftan biru lembut.

Foto – vemale

#5 Sesuai dibawa ke dapur, kaftan yang dipakai pelakon Nia Ramadhani dan anak perempuannya ini.

Foto – vemale

Nampak manis fesyen kaftan sedondon sebegini? Cepat cari satu sekarang!

IKLAN