Ramadhan & Aidilfitri, Resipi

Resepi Biskut Raya: Biskut Milo Rangup

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Resepi Biskut Raya: Biskut Milo Rangup

Dari kanak-kanak hingga ke orang tua, siapa je yang tak suka Milo ni kan? Senang kata, memang semua orang suka rasa coklat.

Selain kek batik dan sebagai campuran air malt coklat, apa lagilah yang kita boleh buat dengan serbuk Milo ni agaknya?

Oh ya, alang-alang nak raya ni eloklah kita luangkan masa buat biskut raya di rumah… Jimat pun jimat, rasa pun confirm sedap! Hmm… kalau beli di gerai atau kedai tu boleh kata bentuk je lain, tapi bila suap ke mulut alahai rasa semua lebih kurang sama.

Gambar hiasan. Sumber: Pepper.ph

Ada seorang makcik penulis ni memang rajin buat Biskut Milo setiap kali nak raya. Sedap dan rangup pula tu. Rasa manis lemak susu biskut ni pun tak muak, buat orang ketagih nak lagi adalah! Jadi jom penulis ajar cara-cara membuat Biskut Milo rangup ni.

Bahan:

  • 2 cawan butter/marjerin
  • 2 cawan gula kastor
  • 4 sudu makan krim putar
  • 2-3 cawan Milo
  • 2 camca teh esen vanila
  • 2 biji putih telur
  • 2 cawan tepung jagung 
  • 6 cawan tepung gandum
  • Chocolate rice (hiasan)

Cara:

1. Dalam mangkuk besar, pukul gula kastor dan butter hingga kembang.

2. Setelah itu masukan putih telur, esen vanila, dan krim putar. Gaul hingga sebati.

3. Masukan pula bahan kering seperti tepung gandum, tepung jagung dan Milo. Gaul dan uli menggunakan tangan hingga menjadi doh.

4. Alihkan doh daripada mangkuk. Balutkan doh dalam plastik jernih pembalut makanan kemudian rehatkan ia dalam peti sejuk selama setengah hingga satu jam.

5. Taburkan sedikit tepung sebelum menghamparkan doh tadi. Gunakan kayu penggelek (rolling pin) untuk meratakan doh. Pastikan doh tidak terlalu nipis.

6. Gunakan penerap biskut pilihan untuk menerap doh tersebut. 

7. Gris atau alas dulang dengan kertas minyak. Susun biskut di atas dulang dan jangan lupa taburkan chocolate rice sebagai hiasan. Kalau nak letak coklat M&M atau hirisan kacang pun boleh jua!

8. Bakar pada suhu 185ºC selama 20 hingga 25 minit.

9. Siap! Simpan dalam bekas kedap udara dan anda bolehlah jadikan Biskut Milo rangup ni sebagai biskut raya paling ‘laku keras’ tahun ni ❤️

Kalau penulis yang dah nak masuk 26 tahun ni pun suka gila dengan biskut ni, apa entah lagi kanak-kanak…. Mereka lagilah suka! Cuba buat okay?

Selamat Hari Raya!

Komen Anda