Kembara, Ramadhan & Aidilfitri

Jangan Lupa Bawa 5 Barang Ini Ketika Pulang Raya Dikampung

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Jangan Lupa Bawa 5 Barang Ini Ketika Pulang Raya Dikampung

Ooo~oo~balik kampung! Ooo~oo~balik kampung! 

Tinggal lagi seminggu sahaja untuk mereka yang diperantau akan pulang beraya dikampung masing-masing. Pasti sudah ramai yang tidak sabar untuk mempersiapkan kelengkapan seperti pakaian, kuih-raya dan pelbagai macam untuk dibawa pulang. Balik beraya dikampung sama sahaja dengan perjalanan semasa kita hendak travel. Dari hujung rambut ke hujung kaki kena sedia untuk tempuh perjalanan yang panjang, itu belum lagi datang penyakit pelupa tertinggal barang. Please, jangan buat hal! Sanggup ke hendak tempuh semula kesesakan lalu lintas yang baru sahaja lepas. 

Dengan suka citanya, Wanista nak kongsikan beberapa barang yang wajib untuk anda bawa pulang sempena Hari Raya ini. Cuma mahu pastikan pembaca tidak lagi tertinggal barang penting yang menyempurnakan hari bahagia, Hari Raya! 

Pakaian Raya

Tak mungkinlah boleh tertinggal baju raya tapi siapa tahu, malang tidak berbau. Pastikan baju raya antara yang kamu pack dahulu didalam bagasi. Bagi anda yang menempah di kedai jahit, sentiasa update dengan tukang jahit anda. Takut baju raya anda beraya di kedai pula. Pada anda yang masih belum anda gaya untuk pilihan baju raya rujuk artikel Wanista Ropol Atau Peplum? Ini Seleksis Fesyen Baju Raya 2017 Pilihan Wanista (wanita) dan Serlah Gaya “Pahlawan Melayu” Dengan Himpunan Busana Aidilfitri Ini (lelaki).

Foto – Google
Aksesori Fesyen 

Tak cukup lah kalau raya ini tidak ada kerongsang mengerlip untuk dihiasi di selendang. Jangan lupa juga kasut dan sedikit aksesori barang kemas khas pada anda yang ingin tampak kelas dipagi raya. Kalau ada yang pakai kebaya, terus beli siap-siap kerongsang kebaya. Jangan dah sampai kampung hendak pinjam yang emak pula. Tak salah untuk pergi beraya ke rumah sanak-saudara atau sahabat lama, anda membimbit beg tangan baru a.k.a beg raya. Jadi siapkan dalamnya dengan tisu basah, pelembab bibir, bedak kompak dan losyen tangan. 

Foto – The Finishing
Barang Mekap

Siapa lah pula hendak pucat di pagi raya kan? Memang tempah maut kalau tertinggal barang mekap, bayangkan tanpa countoring, highlight, gincu, kening on fleek hendak upload selfie raya di Instagram pun tak mampu. Jadi jangan lupa untuk siapkan segala barang solek dari rutin prep sehinggalah yang terakhir, Terus simpan dalam bagasi. 

Foto – StylesGap.com
Buah Tangan

Biarpun pulang ke rumah sendiri jangan lokek atau buat-buat tak faham. Sediakan buah tangan, cukup dengan dua atau tiga balang kuih raya. Kuih raya tak buat sendiri pun tidak apa, janji ikhlas. Tak tahu nak beli kuih raya apa? Baca Paling Laku! 16 Kuih Raya Jadi Kegemaran Tetamu Di Hari Raya.

Foto – TheHive.Asia
Duit Raya! 

Mesti ramai yang nak elak kalau bercakap bab ini. Duit raya sudah menjadi kemestian dan amalan untuk diberi kepada kanak-kanak mahupun kepada ibubapa. Pastikan anda sudah sedia bajet untuk duit raya dan sudah menukar di bank yang terdekat. Terus sisip masuk duit kedalam sampul yang telah tersedia dan asingkan mengikut kepada siapa yang anda hendak memberi. Barulah well prepared! 

Foto – Kaodim

Siap sedia untuk raya, ingat raya hanya setahun sekali. Jadikan setiap tahun bermakna.

Komen Anda