Hiburan

Alif Satar Sumbang Suara Untuk Episod Baru Ben 10 Di Cartoon Network

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Alif Satar Sumbang Suara Untuk Episod Baru Ben 10 Di Cartoon Network

Berita baik untuk para peminat animasi aksi bersiri popular Ben 10! Bulan ini, Cartoon Network bakal menayangkan episod-episod baru yang lebih menarik buat tontonan kanak-kanak semua.

Watak Tim Buktu dalam episod terbaharu Ben 10. Foto -Arkib wansita

Bermula Sabtu, 17 Jun, penonton akan dihiburkan oleh watak Ben Tennyson, Grandpa Max bersama sepupunya Gwen. Ben bersama rakan-rakan makhluk asing lain akan meneroka satu pengembaraan hebat dengan kuasa luar biasa untuk menyelamatkan empangan yang digelar Hoover Dam yang hampir musnah dengan bantuan si cemerkap Tim Buktu.

Foto -Arkib Wanista

Untuk lebih keterujaan, Cartoon Network dengan bangganya mengundang Alif Satar untuk turut serta menjadi suara latar bagi menjayakan watak antagonis Tim Buktu dalam slot alih bahasa Bahasa Melayu dalam episod baru ini. Pastinya lebih kelakar dan penuh keseronokan!

Foto -Arkib Wanista

Sebelum ini, ramai lagi artis lain yang pernah bekerjasama dengan Cartoon Network sebagai penyumbang suara seperti Shila Amzah untuk The Powerpuff Girls serta pelawak Nabil Ahmad untuk animasi Uncle Grandpa.

Shila Amzah untuk The Powerpuff Girls. Sumber: TheHive.Asia
Nabil Ahmad untuk Uncle Grandpa. Sumber: Star2.com

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan siri terbaharu Ben 10 di Cartoon Network setiap Sabtu, jam 9 pagi hanya di Astro saluran 616.

Komen Anda