Kecantikan

Produk Rambut Botanist Khas Untuk Rambut Kekal Bersinar Dan Hitam Pekat!

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Produk Rambut Botanist Khas Untuk Rambut Kekal Bersinar Dan Hitam Pekat!

Jenama kecantikan dari sumber semulajadi botanikal BOTANIST kini tiba di butik Sephora Malaysia seluruh negara! 

Konsep kecantikan yang dibawakan oleh BOTANIST menggunakan tumbuh-tumbuhan sebagai gaya hidup dan sihat setiap hari. Produk BOTANIST juga menggalak pengguna untuk mesra alam sambil menjaga rambut, minda dan jiwa.

Antara produk jualan terbaik ialah Botanical Shampoo, Treatment dan Hair Oil yang terdapat dalam versi melembab dan melembutkan. 

Botanical Shampoo dikompos menggunakan keseimbangan bahan-bahan seperti kelapa dan kacang soya. Manakala Botanical Treatment mengandungi avocado dan kacang macadamia. Ianya diambil dari sumber asid lemak yang sama seperti minyak yang dijumpai dalam kulit manusia. Sesuai untuk kanak-kanak, ia mencuci secara lembut tanpa menghalang kulit mendapat manfaat. 

BOTANIST Smooth Shampoo. Foto – arkib Wanista.com
BOTANIST Moist Shampoo. Foto – arkib Wanista.com

Botanical Shampoo dan Botanical Treatment juga direka untuk memberi kelembapan berkekalan pada rambut dan kulit kepala. Secara tidak langsung ia memberi hasil rambut yang berkilat dan tidak mudah gugur. Bau-bauan ia juga amat menyenangkan seperti Botanical Shampoo Moist mengandungi aprikot dan jasmine, Botanical Shampoo Smooth mengandungi epal hijau dan bunga mawar dan Botanica Treatment mengandungi epal dan beri. 

BOTANIST Hair Oil Smooth/Moist. Foto – arkib Wanista.com

Botanical Hair Oil dihasilkan dari 20 jenis minyak semulajadi tumbuh-tumbuhan. Dikombinasi bersama rice germ oil dan mentega shea untuk membaiki kerosakan rambut seperti penukaran warna rambut. Bagi mengekalkan kelembapan rambut ia juga dicampurkan dengan ekstra laminaria ochroleuca dari rumpai laut emas dan minyak argan untuk melindungi rambut dari hilang sumber kelembapan aslinya. 

Dapatkan BOTANIST di butik Sephora Malaysia seluruh negara atau secara atas talian di sephora.my/botanist

Komen Anda