Akibat tidak bersefahaman dikalangan keluarga, dua adik kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long iaitu Dr Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang telah membuat kenyataan umum tentang mereka hilang kepercayaan terhadap abang mereka.
Respon Perdana Menteri Singapura jelas kecewa dengan sikap adik-beradiknya memilih mengeluarkan kenyataan berkaitan masalah peribadi keluarga mereka.
“Saya amat sedih dengan dakwaan yang dibuat mereka. Saya dan isteri, Ho Ching menafikan dakwaan ini, terutama tuduhan tidak masuk akal bahawa saya mempunyai cita-cita politik untuk anak saya,” katanya sebagai kenyataan balas.
Bagi beliau, pertelingkahan keluarga sepatutnya disimpan dan dibincang dalam kalangan keluarga sahaja. Tambahnya lagi kenyataan adik-beradiknya itu menyakiti legasi bapanya, Lee Kuan Yew.
“Sejak ayah saya meninggal dunia pada Mac 2015, sebagai anak sulung, saya mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan masalah dalam keluarga, bagi menghormati ibu bapa kita,” katanya.
“Saya akan melakukan yang terbaik untuk terus berbuat baik dengan ibu bapa saya,” jelasnya.
Perbincangan lanjut akan diadakan selepas beliau akan pulang dari bercuti.