Review - Kecantikan

[Review] Manjakan Diri Ala Sosialit Jepun di Yu Académie Et Salon

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
[Review] Manjakan Diri Ala Sosialit Jepun di Yu Académie Et Salon

Sebagai seorang perempuan, kita pastinya peka dan sering kali mahu menjaga penampilan diri dari hujung rambut hinggalah hujung kaki. Ya, kerana mahu kelihatan menarik di mata orang.

Namun, ramai yang sering terlupa untuk menjaga kesihatan kuku. Ha… perlu ke jaga kuku?

Jika anda tanya pendapat penulis sudah tentulah penulis sarankan bahawa penjagaan kuku juga mustahak seperti mana anda peka dan mengambil berat untuk hanya menggunakan produk terbaik demi menjaga kesejahteraan wajah.

YU Nail + Eyelash Académie Et Salon adalah salon kuku istimewa yang bisa merapikan kuku anda yang keadaannya itu bagaikan“hidup segan mati tak mahu”.

Kepakaran YU Nail + Eyelash Académie Et Salon

Selain menawarkan servis merias kuku tangan dan kaki, mereka juga adalah pakar dalam bidang kecantikan bulu mata. Jika anda sering berasa tidak yakin dengan penampilan diri kerana bulumata anda yang pendek atau sukar untuk tumbuh lebat itu, bolehlah datang ke sini untuk lakukan servis penyambungan bulu mata yang bersifat sementara.

Namun apa yang menarik minat penulis di sini adalah servis manicure dan pedicure yang disediakan buat gadis dan para wanita urban.

Servis Kecantikan Yang Ditawarkan

Tak perlu gusar kerana harga yang ditawarkan adalah setanding dengan servis lima bintang yang diberikan pihak YU Nail + Eyelash Académie Et Salon. Selain ruang kedai yang berkonsepkan santai dan menyelesakan pengunjung, individu juga bakal berasa teruja dengan layanan mesra yang diberikan para pekerja profesional di sini. Maklumlah, tuan empunya salon ini adalah orang berdarah Jepun, sudah tentulah tutur kata serta adabnya amat lemah-lembut membuatkan pengujung terus jatuh hati dan mahu datang lagi!

Antara servis lazim yang ditawarkan termasuklah:-

  • Classic Manicure (servis mencantik dan mewarna kuku tangan normal): RM58
  • Classic Pedicure (servis mencantik dan mewarna kuku kaki normal): RM68
  • Gel Nail For hand/Feet (servis mencantik dan mewarna kuku jenis gel): RM120 – RM150
  • Eyelash Extension (Pemanjangan Bulu Mata): RM212

Proses Pewarnaan Kuku

Penulis sempat meluangkan masa untuk melawat serta mencuba servis riasan kuku tangan jenis gel nail di sini tempoh hari sewaktu parti sambutan ulang tahun YU Nail + Eyelash Académie Et Salon yang pertama pada 22 Mei tempoh hari.

Pada awalnya, keseluruhan tangan penulis dicuci dengan tisu antiseptik terlebih dahulu sebelum pendandan kuku tersebut mula membentuk kuku penulis.

Kemudian, sejenis gel pelembut kutikel disapu ke bahagian celah-celah permukaan kuku sebelum dia mula mencuci dan merapikan kuku agar tampak bersih dan kemas.

Setelah itu, penulis diberi peluang memilih rekaan kuku gel yang diinspirasi dari motif rekaan jenama Fendi berupa Fendi Monster comel! Katanya rekaan ini sesuai dengan konsep yang dibawakan salon YU Nail + Eyelash Académie Et Salon sendiri -bersifat ceria dan kawaii!

Produk Yang Digunakan

Untuk pengetahuan umum, setiap satu produk yang digunakan di salon kuku ini adalah semuanya diimport terus dari Jepun. Produk adalah premium bermutu dan ini adalah untuk memastikan hasil riasnya cantik berkelas sekaligus memelihara kuku agar tidak cepat rosak atau reput.

Proses mewarna kuku jenis gel ini mengambil masa dari 30 hingga 40 minit untuk siap sepenuhnya kerana kuku perlu disalut dengan beberapa lapisan warna termasuklah base coat dan top coat.

Untuk merangsang aura riasan kuku ala Jepun, terdapat beberapa bahagian kuku yang akan ditambah dengan aksesori perhiasan seperti manik dan batu permata!

Perbezaan Pewarna Kuku Biasa & Pewarna Gel

Pewarna kuku biasa mudah calar dan terhakis jika seseorang melakukan pekerjaan yang kasar manakala pewarna gel umumnya mempunyai permukaan yang lebih kukuh tidak akan calar, terhakis mahupun patah biarpun sekasar mana aktiviti harian seseorang.

Warna gel bisa bertahan selama 3 minggu manakala warna jenis biasa hanya boleh kekal cantik tidak sampai satu minggu. Oleh kerana itulah, ramai wanita masa kini memilih untuk memanfaatkan gel nail berbanding pewarna biasa.

Sempat penulis bertanyakan berapakah harga servis bagi rekaan kuku PEEKABOO ini, kata pendandan, harganya mungkin sekitar RM200 hingga RM250 mengikut butiran manik dan batu permata yang digunakan. Batu permata yang digunakan untuk hiasan kuku ini bukan jenis plastik biasa, ianya berat dan kilauannya juga umpama kristal membuatkan riasan kuku tampak mewah.

Terletak di kawasan metropolitan sekitar Mont Kiara, untuk keterangan lanjut, sila lawat laman Facebook rasmi YU Nail + Eyelash Académie Et Salon di [www.facebook.com/yuacademiesalon] atau follow Instagram mereka di [www.instagram.com/yuacademiesalon].

Alamat: Level 6, Verve Shops @ Mont’ Kiara 5, Jalan Kiara, Solaris Mont Kiara 50480, Kuala Lumpur.

Nombor Telefon: +6016-205 3149

Komen Anda