Fesyen

Reka Beg Tangan Anda Sendiri Dengan O Bag Malaysia!

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Reka Beg Tangan Anda Sendiri Dengan O Bag Malaysia!

Jenama beg tangan asal Itali O Bag kini tiba di Malaysia dengan menjanjikan pelbagai aksesori menarik untuk peminat beg tangan mereka sendiri beg tangan mengikut mood dan cara unik tersendiri! 

Dari beg tangan, jam tangan dan cermina mata, semuanya anda boleh mencipta kreativiti sambil menyerlahkan gaya identiti anda. Bayangkan, anda boleh bertukar gaya dengan menambah atau menukar aksesori untuk disesuaikan bersama stail kasual, harian atau glamor. 

Koleksi O Chive. Foto – arkib Wanista.com
Backpack O 50. Foto – arkib Wanista.com
Beg tangan O City. Foto – arkib Wanista.com

Antara aksesori fesyen yang disediakan O Bag Malaysia ialah O bag, O clock, O sun dan O bracalet. Jenama ini juga mempunyai barisan aksesori untuk lelaki, O folder dan O hug men. Setiap item fesyen dari O bag pelanggan boleh memilih dari pelbagai variasi saiz, warna, rekaan untuk mix and match menghasilkan kombinasi unik. 

Koleksi beg tangan The O Classic. Foto – arkib Wanista.com

Produk O bag diperbuat dari jenama getah vinyl acetate (EVA) dicipta Full Spot iaitu sebuah syarikat Itali di Padua. Terdapat 160 butik O bag di seluruh dunia dan buat pertama kalinya di Kuala Lumpur, Malaysia.

Butik O bag di One Utama. Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Kunjungi butik O bag Malaysia di G130A, Ground Floor, 1Utama Shopping Centre (Old Wing). 

Komen Anda