Makanan, Ramadan & Aidilfitri

Masih Belum Terlambat! Visa & ShopBack Anjur Kempen Buka Puasa Dalam Talian

Malisa Aina
/
petite, nail biter, foodaholic, sneakers addict
Masih Belum Terlambat! Visa & ShopBack Anjur Kempen Buka Puasa Dalam Talian

ShopBack dan Visa mengumumkan tawaran tiga hari kempen Buka Puasa ‘Jom Iftar Bersama ShopBack’, yang akan dianjurkan dalam bentuk tempahan makanan dalam talian menerusi Stor Visa di ShopBack Malaysia (https://www.shopback.my/visa) dari 14 – 16 Jun 2017.

Sepanjang tempoh acara ini, orang ramai boleh melawat laman web dan menempah makanan/baucer dari Eatigo, Fave by Groupon, Foodpanda, atau PappaDelivery untuk diri sendiri serta individu yang mahu mereka taja dan nikmati Buka Puasa bersama, di mana Visa dan ShopBack akan memberikan Cashback RM25 ke dalam akaun selepas itu.

ShopBack Malaysia menjelaskan syarikat telah melihat 60% peningkatan dari segi bilangan pengguna di laman web dan aplikasi dalam tempoh enam bulan lalu, menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia berbelanja secara berhemah dan sentiasa mencari cara-cara untuk berjimat kerana cabaran ekonomi semasa.

ShopBack ialah platform CashBack terkemuka di Asia Tenggara yang telah membantu pembeli dalam talian di Malaysia menjimatkan sehingga RM13.5 juta sehingga kini. Selain Malaysia, ShopBack juga terdapat di India, Indonesia, Filipina, Singapura dan Taiwan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web ShopBack Malaysia atau ikut Facebook rasmi mereka.

Komen Anda