Cinta & Perhubungan

Jom Ikut Cara Hidup Bahagia Seperti Orang Sweden

Izzah Azizah
/

haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.

Jom Ikut Cara Hidup Bahagia Seperti Orang Sweden

Menurut dari laporan CNN, kebanyakan negara Eropah telah memiliki gelaran Negara Paling Bahagia sejak diperkenalkan. Pada tahun 2017, negara seperti Norway, Denmark, Finland dan Sweden memonopoli gelaran tersebut. Untuk mendapatkan gelaran Negara Paling Bahagia bukan hanya kerana hasil dari pendapatan negara yang tinggi tapi ia sebenarnya bergantung kepada gaya hidup dan penjagaan kebajikan rakyat yang diberikan oleh kerajaan. 

Negara bahagia yang paling menarik perhatian penulis ialah Sweden. Tahukah anda, kerajaan Sweden memberi subsidi kepada servis tadika atau pusat asuhan kanak-kanak. Bagi keluarga yang berpendapatan rendah mereka tidak dikenakan apa-apa yuran. Ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk pergi ke kerja dan juga menggalakan kesaksamaan jantina (kebanyakan wanita berhenti bekerja kerana tidak mampu bayar yuran pusat asuhan). Pusat asuhan juga memberi pelbagai pengalaman dan ilmu kepada anak-anak yang tinggal dengan harga yuran aktiviti yang sangat rendah. 

Foto – Flickr

Seronoknya!

Jangan lupa sikap dan tabiat harian juga mempengaruhi emosi individu dan masyarakat. Ini dia sikap orang Sweden yang boleh kita semua copy paste untuk kebaikan masa depan! 

Keluarga nombor satu selepas kerja

Bagi orang Sweden dalam hidup ini keluarga adalah yang utama selepas kerjaya. Jadi jika mereka terlibat dalam sebarang majlis keraian keluarga atau terdapat ahli keluarga mereka yang sakit untuk mengambil cuti memang tidak punya masalah. Mereka juga dibayar oleh kerajaan iaitu VAB (vård av barn) bayaran untuk mereka yang menjaga anak yang sedang sakit dirumah. Masa bekerja di Sweden juga kurang dari 80 jam seminggu, banyak mereka habiskan bersama keluarga dan sahabat-handai.

Bersederhana

Dalam bahasa Sweden mereka sebut Lagom atau bahasa Malaysia ‘cukup-cukup’/bersederhana. Orang Sweden, mereka tidak melebih-lebih dalam sesuatu perkara. Mereka gemar rileks dan kekal sederhana dalam apa jua perkara termasuklah dalam perbualan harian. Jadinya, sikap Lagom dapat mengawal emosi dan mengelakkan diri dari pergaduhan kerana benda kecil. 

Foto – Google
Rehat seketika 

Sudah menjadi rutin orang Sweden untuk berehat seketika sama ada semasa waktu pejabat atau bersama keluarga. Tak kisah lah bila pun, mereka tidak akan melepas peluang untuk beristirehat bersama keluarga dan rakan dengan minuman kopi atau hidangan pemanis mulut. Kalau di Malaysia, biasa petang-petang kita akan pekena kopi dan pisang goreng. Samalah dengan Sweden tapi mereka lebih kerap melakukannya untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim. 

Foto – Google

Nampak macam terlalu rileks sahaja orang Sweden, mereka seperti tak perlu terkejar-kejar dalam menguruskan kehidupan seharian. Dalam semua itu, rakyat Sweden juga diantara pencipta inovatif teknologi seperti laman Skype, topi basikal kembung, mesin ultrasound, termometer dan banyak lagi. 

Betul lah orang kata, negara yang makmur dan bahagia pasti akan melahirkan modal insan yang berjaya!

RUJUKAN

Komen Anda