Kylie Jenner yang baru berusia 19 tahun sudah tersenarai sebagai salah seorang daripada 100 selebriti dengan bayaran paling mahal tahun 2017, dengan aset bernilai USD41 juta (RM174.58 juta)!
Kekayaan Jenner ini adalah hasil daripada rancangan realiti, syarikat kosmetik, tawaran penajaan dan juga jenama pakaiannya.
Malah, si cantik manis ini juga turut berkongsi berita membanggakan itu di laman Twitter miliknya.
wow woke up the youngest entry on the @Forbes 100 list .. 🙏
— Kylie Jenner (@KylieJenner) June 12, 2017
Ditempatkan di tangga ke-59, kejayaan ini juga amat menakjubkan kerana Jenner melangkaui nilai kekayaan selebriti yang lebih berusia dan lebih lama di dalam industri seperti Jennifer Lopez (No.65), Rihanna (No.77) dan Britney Spears (No.89).
Walaubagaimanapun, kejayaan Jenner pada usia muda mengudang banyak kritikan. Baru-baru ini, Jenner telah dikecam hebat oleh kerana jenama pakaian renang miliknya dikatakan meniru bulat-bulat rekaan seorang pereka fesyen yang koleksi bikininya pernah dibeli oleh Jenner sebelum ini. Selain itu, peminat barangan kosmetik keluaran syarikat Jenner juga mengatakan mereka kecewa dengan kualiti dan perkhidmatan pelanggan yang tidak konsisten.
Ini antara reaksi netizen yang mempersoalkan kejayaan Jenner tersenarai Forbes.
https://twitter.com/KaoticDrew/status/874347787034529792?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.yahoo.com%2Fstyle%2Fkylie-jenner-youngest-person-forbes-100-list-people-mixed-reactions-210733911.html
https://twitter.com/jloceguera/status/874375321432215552?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.yahoo.com%2Fstyle%2Fkylie-jenner-youngest-person-forbes-100-list-people-mixed-reactions-210733911.html