Lagu remix sepanyol yang sedang hit ‘Despacito’ sering kali diudarakan di radio atau dimainkan dilaman Youtube. Lagu asal penyanyi Luis Fonsi dan Daddy Yankee juga menampilkan nyanyian dari penyanyi pop remaja Justin Bieber.
Baru-baru ini di Festival Summerburst di Stockholm Justin telah membuat persembahan dan para peminatnya membuat permintaan untuk dia menyanyikan lagu tersebut. Namun, Justin telah menolak atas alasan dia tidak hafal lirik lagu itu dan mengaku tidak tahu dihadapan peminat.
Malangnya, pengakuan tersebut membuat sesetengah peminat naik berang dengan membaling botol ke arah. Penyanyi berusia 23 tahun itu kemudian hanya memohon maaf dan rayu kepada peminat untuk tidak membaling botol kearahnya.
Ini bukan kali pertama lagu ‘Despacito’ beri masalah kepada Justin, sebelum ini di acara di New York, dia pernah tersalah sebut ‘Despacito’ dengan perkataan ‘Dorito’. Peminat juga ketika itu perasan Justin menggunakan ad-libbing semasa persembahan.