Berita & Isu Semasa

[Video] Lelaki Berniqab Menyamar Jadi Wanita, Culik & Rogol Kanak-Kanak Lelaki 11 Tahun

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❀️
[Video] Lelaki Berniqab Menyamar Jadi Wanita, Culik & Rogol Kanak-Kanak Lelaki 11 Tahun

Azan Majid Janjua, seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun telah diperlakukan dengan kejam oleh seorang penjenayah yang telah menyamar sebagai wanita lengkap berjubah serta niqab.

Kanak-kanak lelaki tersebut telah diculik dari surau rumahnya sebelum dibawa penjenayah ke tingkat paling atas blok banggunan tersebut untuk dirogol dan dibunuh. Kejadian ini berlaku sekitar dua minggu lalu di Abu Dhabi.

Azan Majid Janjua diculik, dirogol dan dibunuh oleh lelaki yang menyamar jadi wanita. Sumber: gulfnews.com

Penjenayah menggunakan taktik licik dengan menjadikan penyamaran sebagai modus operandinya kerana dia tahu bahawa Azan sukar untuk akur dengan lelaki yang tidak dikenalinya. Menerusi hasil siasatan, polis berkata Azan tidak akan mungkin mahu mengikut mana-mana lelaki asing tanpa meminta izin daripada bapanya dahulu.

Hasil siasatan juga mendapati bahawa penjenayah warga Pakistan itu adalah individu yang dikenali keluarga (ibu bapa) mangsa.

Azan ke surau berhampiran rumah pangsapurinya untuk menunaikan solat dan mengaji awal Ramadhan lalu sebelum diculik, dirogol dan dibunuh di kawasan atap banggunan pangsapuri sama.

Sebuah rakaman CCTV mendapati, lelaki yang menyamar sebagai wanita itu turut menjinjit beg tangan, membawa Azan masuk ke lif bersamanya.

Penjenayah yang menculik, merogol dan membunuh kanak-kanak 11 tahun berjaya diberkas polis. Sumber: Polis Abuu Dhabi

Mayat Azan ditemui oleh seorang juruteknikyang naik ke bahagian paling atasΒ banggunan untuk membetulkan kerosakan teknikal pagi keesokannya dalam keadaan separuh bogel berserta Al-Quran yang turut ada disebelahnya manakala penjenayah pula berjaya diberkas dalam masa 48 jam setelah kejadian berpandukan hasil bukti saintifik yang mengaitkan penjenayah dengan mangsa.

SUMBER 1 & 2

Komen Anda