Tahukah anda bahawa kasut tinggi jenis bertumit rendah yang digelar Kitten Heels ini adalah fesyen kasut kegemaran Puteri Diana? Sama ada menggayakan skirt pendek, berseluar atau bergemerlapan menyarungkan dress labuh meleret sekalipun, beliau tetap akan memilih kitten heels sebagai perhiasan kakinya.
Bak kata Marilyn Monroe,
“Give a girl the right shoes, and she can conquer the world.”
Kasut adalah aksesori utama yang paling penting kerana selain mencantikkan penampilan, ia juga mampu menonjolkan aura personaliti diri.
Rata-rata wanita masa kini lebih gemar kelihatan glamor dengan langkah kaki yang ditemani kasut bertumit tinggi runcing seperti stiletto, platform atau sandal tumit tinggi rata jenis wedges. Namun, tidak seperti golongan raja-raja kerana mereka mempunyai penampilan klasik yang sopan dan elegen melihatkan rata-rata rekaan kitten heels adalah bertutup.
Raya ini, apa kata anda gantikan penggayaan tumit tinggi dengan kitten heels? Nampak retro sekaligus pasti manis andai dipadankan dengan baju kurung, kebaya mahupun kaftan dan jubah.
Tips Memilih Kitten Heels Terbaik Untuk Pakaian Labuh
#1 Hendaklah memastikan kain tidak terlalu labuh sehingga menyapu lantai atau menutup kasut tersebut. Jika panjang, pendekan sedikit kain tersebut atau potong jubah dan kaftan anda supaya menjadi singkat.
#2 Cantik jika digayakan dengan kebaya kerana potongan kain kebaya lebih ketat dan singkat berbanding kurung.
#3 Jika memakai baju kurung, seeloknya padankan kitten heels dengan kain jenis kipas belakang agar kemasannya nampak ketara dan lebih anggun.
#4 Kain berpotongan belah selisih juga akan kelihatan cantik jika dipakai dengan kasut kitten heels.
#5 Jika baju sudah terlalu sarat, elak memakai kitten heels yang mempunyai perincian atau perhiasan kerana ia akan menyerabutkan penampilan anda lagi.
#6 Jika baju polos tidak bercorak, anda bisa sahaja menggayakan pelbagai jenis kitten heels, dari yang ringkas hinggalah kepada kitten heels yang dihiasi perincian seperti riben, manik atau sebagainya.
#7 Alternatif terbaik buat mereka yang bertubuh tinggi lampai kerana memadankan baju kurung atau baju berpotongan labut seperti kaftan dan jubah dengan kasut tumit rendah memang kelihatan buruk! Jadi, sekurang-kurangnya, gayakanlah kasut bertumit rendahseperti kitten heels ini.