Jika wajah anda kering, semburan wajah merupakan penyelesaian terbaik.
Malah, semburan wajah kini merupakan sebahagian penting di dalam rutin penjagaan wajah serta merupakan solusi bagi menyegarkan dan mengurangkan kelesuan semasa perjalanan. Selain itu ia juga berfungsi untuk mengunci kelembapan agar kulit tampil muda dan licin. Semburan wajah bukan sahaja membantu anda menghadapi cuaca sepanjang tahun, malah semburan menyegarkan ini sangat sesuai digunakan pada musim panas.
Eucerin® kini memperkenalkan Eucerin® Aquaporin Mist Spray dengan manfaat 10 dalam 1 yang mempunyai formulasi unik dan berkesan untuk meningkatkan penghidratan kulit sebanyak 30 kali ganda.
Kenapa anda perlu miliki Eucerin® Aquaporin Mist Spray:
Eucerin® Aquaporin Mist Spray menawarkan lebih dari sekadar air. Dengan Hyaluronic Acid, ia memastikan kulit kekal hidrat lebih lama. Ia mampu mengunci kapasiti air di atas permukaan kulit wajah agar dapat memberikan kelembapan yang berpanjangan. Hyaluronic Acid juga mengandungi manfaat anti-penuaan yang dapat mengurangkan kemunculan garis halus dan kedutan.
Eucerin® Aquaporin Mist Spray juga mengandungi bahan-bahan lain yang mampu mencerahkan, menambah serta melegakan kegatalan kulit. Dengan Gliserin, sejenis bahan yang mampu mengurangkan kadar kehilangan air amat berkesan untuk menarik molekul-molekul air dari persekitaran sekeliling seterusnya membekalkan penghidratan segera pada kulit.
Mendapat manfaat melalui ramuan inovasi Gluco-Glycerol yang merupakan alga biru-hijau yang sangat berkesan untuk mengatifkan Aquaporin – salur pengedaran kelembapan semulajadi yang berada di dalam lapisan kulit. Aquaporin ini berfungsi dari dalam untuk memberikan kelembapan antara sel-sel kulit dan mengimbangkan kadar kelembapan kulit.
Eucerin® Aquaporin Mist Spray boleh didapati dalam saiz 50ml pada harga RM21.90 manakala semburan bersaiz 150ml dijual pada harga RM45.90 di farmasi terkemuka seluruh Malaysia.