Kecantikan, Tips

Hanya Untuk Solekan Tahan Lama? Ini Kegunaan Face Oil Sebenar

Izzah Azizah
/
haiwan, beauty stuff dan diri sendiri.
Hanya Untuk Solekan Tahan Lama? Ini Kegunaan Face Oil Sebenar

Jika anda rajin seperti penulis yang suka tonton live streaming para makeup artis yang sering berkongsi teknik solekan mereka pasti anda perasan ada diantara mereka menggunakan face oil sebagai pelembab atau primer untuk solekan. 

Tapi apa sebenarnya face oil? Adakah ia semata-mata untuk solekan tahan lebih lama?

Sebenarnya terdapat pelbagai manfaat dari face oil dan pada anda yang tertanya-tanya asal face oil, mari ikuti artikel Wanista kali ini untuk anda lebih peka dalam dunia kecantikan sekarang. 

Face oil dihasilkan dari pati tumbuh-tumbuhan seperti buah argan, jojoba, lavendar, zaitun dan banyak lagi. Ia bagus untuk menghidrat kulit yang kering, kesan terbakar, masalah ekzema sambil merawat menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. Menurut dari majalah Glamour, pilih minyak yang dari moluker yang kecil seperti minyak argan, squalane dan jojoba. Daya penyerapan dari minyak tersebut lebih cepat dan tidak menyumbatkan pori. Apabila minyak terlalu pekat, ia tidak membenarkan kulit untuk bernafas. 

Foto – Brickbox

Anda boleh menyapu face oil sahaja atau digunakan bersama krim pelembab. Apa yang anda perlu tahu, face oil bukanlah untuk merawat kulit yang bermasalah ia hanya mengunci kelembapan kulit sekaligus memberi efek lembut dan melicinkan kulit. Jadi jika terdapat face oil yang memberi kebaikan dalam merawat ianya telah dicampur dengan bahan pati lain sebagai tambahan dan booster dalam rutin kecantikan. 

Senarai minyak yang sesuai untuk jenis masalah kulit

Minyak Argan – garis halus dan kulit kering

Minyak Avocado – kulit kering, sensitif

Minyak Flaxseeds – iritasi, kulit sensitif seperti ekzema dan dermatitis

Minyak Jojoba – kulit kering atau normal

Minyak Lavendar – iritasi kulit dan jerawat

Minyak Zaitun – kulit kering (bermasalah)

Minyak Pinggul Biji Mawar – parut, garis halus, jerawat dan pigmentasi

Minyak Safflower – iritasi dan kulit kering

Minyak Teh Hijau – jerawat 

Hati-hati! 

Face oil yang sudah dicampurkan dengan minyak pati boleh menyebabkan kesan sensitif dan merosakkan kulit, ini kerana terdapat beberapa komponen didalam minyak pati yang terlalu kuat. Cara yang terbaik pilih face oil yang 100% semulajadi tanpa ada tambahan atau baca dahulu berapa % tambahan yang diisi dan dapatkan produk face oil yang terjamin dari farmasi atau butik kecantikan. 

Jadi, kenapa ramai sekarang pakai face oil untuk solekan tahan lama?

Kulit yang lembab sebenarnya kunci utama dalam memberi solekan yang tahan lama, jadi memakai face oil sebelum bersolek adalah satu kaedahnya. Memang tidak pelik lah kalau sekarang ada sahaja makeup artis mempromosi pelbagai jenis face oil untuk solekan kekal lama. 

Face oil yang mana paling best? Ini antara jenama face oil pilihan Wanista…
#1 Minyak Argan IFLAWLESS BELI
Foto – Google Images

 

#2 TARTE Marajuca Oil BELI
Foto – Ulta Beauty
#3 COVER FX Customs Infusion Drops BELI
Foto – Beautystat.com

 

Pelembab dan bahan asas solekan tahan lama, boleh lah bertukar ke face oil!

Rujukan 1 & 2

 

 

Komen Anda