Fesyen, Hiburan

Netizen Perli Deepika Padukone Pakai “Lampin” Untuk Photoshoot Kulit Majalah MAXIM

Afiqah Syamin
/

Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️

Netizen Perli Deepika Padukone Pakai “Lampin” Untuk Photoshoot Kulit Majalah MAXIM

Aktres hindustan Deepika Padukone yang juga sedang membina nama dalam industri hiburan Hollywood baru-baru ini menyertai satu penggambaran untuk kulit majalah International Men’s Magazine MAXIM selepas beliau dinobatkan sebagai ‘Hottest Women Of The Year 2017’ menerusi pusingan undian yang dilakukan di beberapa negara.

Selain Priyanka Chopra, aktres 31 tahun ini turut mengalahkan beberapa nama wanita besar Hollywood seperti Hailey Baldwin, Emma Watson, Emma Stone, Dakota Johnson serta Kendal Jenner.

Memang layak mendapat gelaran itu, beliau dilihat sangat berani dan mengancam dalam foto-foto yang dirakamkan khas untuk MAXIM keluaran Jun-Julai akan datang.

Mungkin kerana bangga dengan pencapaiannya, Deepika tampil tidak segan silu untuk turut berkongsi foto penggambaran seksinya itu bersama para pengikutnya di Instagram. 

Namun ternyata, tindakannya itu malahan mendapat kecaman lebih dahsyat kerana dianggap agak keterlaluan jika hendak dibandingkan dengan personalitinya yang lebih sopan dan manis sebelum ini.

Tindakannya untuk mendedahkan sebagaian besar bahagian pinggulnya dengan memakai celana pendek ketat berpotongan hot pants itu juga dikritik kerana ada individu yang memerlinya dan menyamakan celana itu denagn lampin bayi.

Seperti yang dilalui Priyanka Chopra tempoh hari sewaktu dirinya berjumpa dengan Perdana Menteri India, dress pendek yang digayakannya juga mendapat kritikan hebat daripada rakyat tempatan di India.

BACA: Seksi Ketika Berjumpa PM India, Priyanka Dilabel Tak Sensitif Ikut Gaya Barat

Dek kerana tidak puas hati dengan kecaman dan perlian yang diterima, Deepika sekali lagi memuat naik foto seksinya berpakian sama namun kali ini dari arah posisi lain.

Deepika tidak meletakkan apa-apa kapsyen langsung pada foto yang ini tetapi ramai boleh agak yang dia sengaja berbuat begitu untuk mencabar para pengikut yang mengecamnya.

Tonton video di sebalik tabir pemggambaran kulit majalah MAXIM untuk edisi Jun-Julai 2017 bersama Deepika Padukone.

SUMBER

Komen Anda