Walaupun belum mendapat kepastian sebenar dari pihak Marvel sendiri, namun dari sesi temubual The Independent bersama Chris Evans sedikit sebanyak menjelaskan watak Captain America mungkin hanya muncul dalam dua filem terakhir Avengers akan datang.
“Saya mempunyai 6 filem Marvel dalam kontrak, jadi apa yang boleh saya kata Avengers yang ketiga telah selesai, tapi mereka mahu membikin filem Avengers yang ketiga dan keempat sebagai sekuel kedua,”
Chris jelas lagi
“Mereka maklum terdapat ramai karakter didalam filem tersebut – Guardians of the Galaxy, Black Panther, Captain Marvel, Doctor Strange, Ant-Man dan jadi tidak dapat nak masukkan semua dalam satu filem,”
Bagi Chris ini ialah konklusi untuk Captain America yang hanya terlibat dalam dua filem terakhir Avengers. Menurutnya lagi, tempoh kontrak dia bersama Marvel hanya dilanjutkan.
Chris Evans bakal muncul filem terbaharu Avengers: Infinity War bersama Robert Downey Jr., Bernedict Cumberbatch, Scarlett Johansson, Chris Hemsworth dan Mark Ruffalo. Bakal ditayangkan pada April 2018.