Kecantikan, Tips

Jangan Buang Air Beras! Ini 6 Kegunaannya Untuk Rutin Kecantikan Harian

Malisa Aina
/
suka menulis dan layan Netflix
Jangan Buang Air Beras! Ini 6 Kegunaannya Untuk Rutin Kecantikan Harian

Air beras telah diketahui kaya dengan mineral dan vitamin untuk kecantikan kulit dan rambut. Butir beras dan juga air daripada beras kaya dengan pelbagai zat dan vitamin yang berguna sebagai anti-oksidan, anti-inflamasi, dan membantu untuk mencantikkan kulit wajah.

IKLAN

Merawat kulit bermasalah dengan menggunakan air beras adalah sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan, yang sebenarnya adalah murah dan efektif. Air beras sesuai untuk semua jenis kulit wajah, tidak kira anda mempunyai masalah kulit kering atau berjerawat sekalipun. Yang mudahnya adalah, air beras boleh digabungkan dengan rutin penjagaan wajah anda yang biasa.

Foto – Playful Beautiful

Ini antara kegunaannya:

Toner kulit

Apa yang perlu anda lakukan adalah rendam kapas di dalam bekas air cucian beras dan lapkan ke kulit muka anda. Ini dapat menghapus setiap kotoran dan sebum berlebih yang ada di kulit anda. Jika anda mengamalkan rutin ini dalam beberapa waktu kulit wajah anda akan lembut dan segar.

Masker wajah

Air bekas cucian beras ini juga boleh digunakan sebagai masker wajah. Ambil kertas napkin dan potong di beberapa bahagian macam masker. Tuangkan air beras dalam mangkuk dan rendam kertas masker di dalamnya selama kurang lebih 10 minit. Kemudian angkat dan perah. Secara perlahan tampalkan kertas itu di wajah anda dan biarkan selama 15 minit. Wajah anda pasti akan merasa segar.

Pencuci muka

Simpan air basuhan beras pada sebuah botol dan gunakan setiap kali anda mencuci muka. Khasiatnya lebih tertumpu kepada pencahayaan kulit. Anda tidak perlu terus bergantung kepada produk-produk kosmetik yang mahal dan berisiko tinggi. Cukup menggunakan air bekas cucian beras ini.

IKLAN

Mengecilkan liang pori

Cuba celupkan gumpalan kecil kapas ke dalam air bekas cucian beras dan memakainya di wajah. Usapkan dan tekan secara perlahan pada bahagian yang diinginkan. Cara ini akan mampu mengecilkan liang pori.

Penyembuh jerawat

Disahkan oleh pakar kulit, pakar kecantikan dan doktor kosmetik bahawa air basuhan beras dapat mengatasi masalah jerawat di wajah Anda. Air ini akan dapat menyembuhkan secara alami dan lebih cepat.

Masker rambut

Tuangkan air beras pada kulit kepala dan biarkan selama kurang lebih 20 minit. Kemudian bilas menggunakan syampu dan perapi. Dalam sekali cuci anda akan memiliki rambut yang cantik dan bersinar tanpa perlu berbelanja mahal.

Jadi, tunggu apa lagi? Mari kita sama-sama amalkan rutin penjagaan wajah dengan menggunakan air beras! Selain bagus untuk kulit wajah, kita juga dapat mengelakkan pembaziran air beras yang kebiasaannya akan dibuang begitu sahaja.