BB Cushion dari jenama nombor satu kecantikan Korea Selatan LANEIGE antara yang terbaik di global. Ia mengeluarkan produk BB Cushion dengan tinggi inovatif dan teknologi. Percaya atau tidak ia dijual sebanyak 14,8000,000 unit seluruh dunia. BB Cushion Laneige didatangai dari 3 variasi, mencerah, kawalan pori dan anti-penenuaan. Selain itu, 3D Skin Fit Cushion struktur dalam BB Cushion yang memudahkan sapuan dan memberi era baharu dalam kanvas kecantikan BB Cushion.
Laneige BB Cushion Limited Edition with Crystals from Swarovski
Terbaharu dari Laneige, kompak BB Cushion yang dihiasi dengan kilauan kristal Swarovski. Kristal dari jenis Xirius dipilih untuk menjadi konsep dalam Sparkling Illusion yang inspirasi dari Laneige’s Sparkling Beauty. Potongan kristal Xirius direka khas untuk menghiasi setiap kompak BB Cushion.
Laneige BB Cushion Limited Edition with Crystals from Swarovski eksklusif dalam mencerah dan kawalan pori dengan tiga rona; Shade 13 Ivory, Shade 21 Beige dan Shade 23 Sand.
Laneige SkinVeil Base Cushion
Laneige juga tidak ketinggalan memperkenal formula terbaharu mereka iaitu blemish veil formula untuk membasmi segala cela wajah dengan memberi efek tona kulit yang lebih sekata.
Didatangi dengan dua pilihan:
Skin Veil Base Cushion no.40 Light Purple SPF22 PA+++ (15g, 1 isian semula, RM145)
Warna ungu khas untuk kulit kusam atau tidak bermaya. Ia membantu meningkatkan tona kekuningan kulit untuk menjadikan kulit tampak berseri dan bersih.
Skin Veil Base Cushion no.60 Light Green SPF22 PA+++ (15g, 1 isian semula, RM145)
Masalah kulit kemerahan, jerawat dan iritasi disyorkan menyapu warna hijau. Tona hijau tersebut bantu mencerahkan dan mengurangkan masalah dan iritasi merah kulit.
https://www.instagram.com/p/BU_XveODQZF/?taken-by=wanistadotcom
Dapatkan Laneige BB Cushion Limited Edition with Crystals from Swarovski dan Skin Veil Base Cushion di semua kaunter kecantikan Laneige seluruh negara.