Sebagai orang Melayu, kita sudah terbiasa menurut serta didedahkan dengan ikutan tradisi yang telah sekian lama dipraktikan nenek moyang secara turun-temurun seperti kerja kahwin yang meliputi upacara merisik, bertunang serta akad nikah (perkahwinan) di mana sebenarnya adalah langkah wajib yang perlu dilalui bagi pasangan mempelai yang beragama Islam sebelum benar-benar menjadi suami isteri yang sah.
ISTILAH BERTUNANG DALAM ISLAM
Dari segi istilah, bertunang dalam bahasa Arab adalah disebut ‘khitbah’ membawa maksud permulaan kepada pernikahan yang merujuk kepada proses ‘melamar’ seseorang wanita oleh pihak lelaki. Rata-rata alim ulama pula menyatakan bahawa hukum bertunang adalah harus, namun Imam Syafie mengatakan bahawa hukumnya adalah sunat.
Hendaklah semua jelas bahawa adalah haram untuk seseirang melamar mana-mana wanita yang sudah menjadi tunangan kepada orang lain.
Menurut Yusuf Al-Qardhawi, seseorang itu tidak akan mempunyai hak terhadap tunangnya selain hak hanya untuk melamar iaitu untuk “mengikat” kekasihnya dalam tempoh tertentu yang sudah dipersetujui supaya tidak ada lelaki lain yang bisa melamar perempuan itu.
DARAH MANIS
Orang tua-tua sering melabel gadis atau wanita yang sedang dalam tempoh pertunangan sebagai “darah manis”. Mereka ini perlu bijak mengawal segala perkara agar diri terpelihara dari segala kecelakaan kerana dalam tempoh genting inilah, individu yang berkenaan mudah terjejas dari segi emosi dan jiwanya.
Seperti yang kita semua tahu, syaitan terutamanya akan cuba sehabis mungkin menggoda manusia untuk membatalkan “pembinaan masjid” ini kerana mereka sangat membencikan pernikahan iaitu usaha seorang lelaki dan wanita dalam menghalalkan hubungan mereka.
SYAITAN GEMBIRA JIKA ANAK ADAM BATALKAN PERKAHWINAN
Jadi, akan banyak dugaan yang tidak diduga mula berkerumun di benak fikiran dan sememangnya ada hikmah kenapa Islam dan kebanyakkan orang seboleh-bolehnya mahu sesuatu pernikahan itu dilangsung secepat mungkin untuk mengelak sebarang kecelakaan berlaku. Jangan terkejut, jika iman tak tetap di dada, ada sesetngahnya yang tiba-tiba berasa ragu-ragu lalu mahu memutuskan pertunangan sekaligus membatalkan perkahwinan di saat akhir kerana fikiranan dan jiwanya sudah berjaya diracuni syaitan.
Sepanjang tempoh pertunangan, pelbagai perkara boleh berlaku akibat salah faham mahupun dek kerana hawa nafsu telah menguasi diri.
Wanista lampirkan antara 10 dugaan yang sering menyerang pasangan dalam tempoh bertunang.
#1 Fikiran Serabut!
Bercinta sudah… bertunang pun sudah. Tapi kenapa perasaans ayang terhadap si dia tak seperti dahulu? Ha! Ini perkara normal yang berlaku kepada semua orang. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pasangan yang baru mula bertatih dalam membina hubungan halal.
Lebih-lebih lagi perempuan, mereka ini kadang-kadang mudah sedih, marah dan mampu gembira tiba-tiba tanpa sebab. Senang kata, emosinya mudah terganggu dan sering berubah-ubah. Ini terjadi mungkin kerana dia takut hubungan bahagia yang dikecapi kini mungkin tidak akan terus kekal selepas berkahwin nanti. Oleh itu, sentiasa berfikiran positif dan peranan pasangan untuk sentiasa menjernihkan keadaan waktu ini amat diperlukan. Lawan bisikan syaitan kerana syaitan cuba memaksa anda untuk menghentikan niat untuk berkahwin!
#2 Takut Dia Bukan Orang Yang Terbaik
Namanya pun proses perkenalan, sudah tentu perangai sebenar masing-masing akan mula keluar. Dalam pada itu, akan ada antaranya yang menjadi fobia tatkala melihat sifat buruk pasangannya dan terus “hilang selera”.
Menurut Suzana Ghazali, seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Peguam Syarie, Undag-Undang Kekeluargaan Islam menetapkan bahawa seseorang individu boleh mendapatkan ganti rugi sekiranya sesuatu pertunangan itu diputuskan oleh pihak yang satu lagi tanpa sebab kukuh.
Maka, anda berhak menerima semula sebarang bentuk pemberian kamu kepada si dia, lebih-lebih lagi jika anda telah mengeluarkan wang yang banyak semasa majlis pertunangan tempoh hari dan untuk perkahwinan yang akan datang. Jadi, sila hati-hati sebelum membuat keputusan.
Ragu-ragu hanyalah mainan hati semata. Buat solat tahajud dan bicaralah sebaiknya dengan tuhan moga dia memberi petunjuk yang seadilnya buat diri kamu dan si dia.
#3 Cemburu Buta
Ramai yang tidak semena-mena akan berasa cemburu terhadap pasangan mereka. Perasaan cemburu itu normal namun ianya jadi tidak normal jika ianya cemburu tanpa sebab! Berpada-padalah, baik perempuan atau lelaki, keduanya harus menjaga batas pergaulan. Si lelaki, jangan terlalu mengongkong kerana wanita itu belum di bawah tanggungan mu dan yang perempuan jangan terlalu emosi, jika dia sudah bersetuju berkahwin dengan mu, itu bermakna dia benar cintakan mu. Jangan cepat salah faham dan membuat konklusi tanpa banyang-banyang jelas okay?
#4 Gangguan Orang Ketiga
Masa ni lah baru bekas teman lelaki dan teman wanita hendak muncul lalu menguji keikhlasan hati diri kita. Cis! Dalam hal ini, kedua-dua belah pihak perlu banyak bersabar dan mencari jalan penyelesaian terbaik, Jangan mudah terpengaruh biarpun wanita atau lelaki itu pernah menjadi cinta pandang pertama kamu.
Cuba elak fikiran anda daripada diracuni orang ketiga. Selain bekas teman lelaki/wanita atau kawan-kawan, saudara-mara serta ibu bapa juga perlulah menjaga adab dan peranan masing-masing agar tidak menghancurkan kebahagian anak-anak kelak. Jika itu yang mereka suka, biarkan… dan jangan cuba menghalang jika taida sebab yang munasabah. Jangan masuk campur dan jangan jaga tepi kain orang!
#5 Masalah Kewangan
Kerja kahwin tidak dinafikan memerlukan bajet yang besar sehinga berpuluh ribu ringgit. Lelaki biasanya akan tertekan pada tahap ini. Oleh itu, yang perempuan janganlah terlalu mengikutkan nafsu sehingga menyusahkan pihak. Buat catatan agar bajet tidak keluar secara berlebihan dan dahulukan apa yang pentin. Apa yang penting adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis resepsi!
Ingat… bayaran rumah, duit kereta, bil, keperluan makan dan minum sehari-hari selepas kahwin itu adalahlebih mustahak dan memerlukan duit lebih banyak. Sebaiknya simpan lebih banyak untuk persediaan selepas berkahwin.
#6 Tekanan Keluarga
Ramai yang mempunyai tanggapan negatif terhadap keluarga masing-maing lebih-lebih lagi keluarga bakal mertua yang kadang-kala melebih-lebih dalam urusan peribadi anda dan pasangan. Walau apa pun yang terjadi, janganlah kamu terlalu lekas kecil hati dan membuat kesimpulan. Pasti apa yang mereka mahukan adalah yang terbaik untuk kita, Kalausetakat kena tegur sikit-sikit tu, janganlah cepat melenting! Orang tua memang begitu, kamu yang muda haruslah menghormati dan cuba relaks saja… Tak kenal maka tak cinta kan? Lama-lama nanti hubungan anda dan keluarga mertua mesti okay 🙂
#7 Tiket Untuk Melakukan Zina
Mengucap! Walaupun sudah bertunang, ada yang beranggapan bahawa pasangan itu sudah sepenuhnya menjadi milik mu. Itu adalah salah dan haram sama sekali!
Daripada Riwayat Tarmizi: “Tiada berdua-duaan lelaki dan wanita meliankan syaitan yang ketiga”. Hati-hati, cuba elak untuk selalu berjumpa dan jagalah kehormatan diri selagi si dia belum sah menjadi suami atau isteri mu.
#8 Tawar Hati
Setelah bermacam ujian yang datang menyerang tempoh pertunangan kamu, tidak hairan jika ada yang mula tawar hati dan mahu memutuskan ikatan. Ingin diingatkan, kala anda mempunyai hati untuk membatalkan perkahwinan ini, syaitan akan mula bertepuk tangan kerana gembira akan keputusan kamu. Sabar dan tidak ada masalah yang tak boleh diselesaikan.
#9 Rancangan Tak Jadi Seperti Yang Diharapkan
Perkara ini yang paling merisaukan dan kalau boleh mahu ia dijauhkan… Tapi siapa yang boleh menjangka ketentuan Ilahi? Persiapan kahwin umpamanya bisa tiba-tiba sahaja dilanda masalah sebagai contoh, pihak katering menarik diri lebih parah tidak muncul di hari kejadian! Oleh itu, kamu sebagai pengantin perlu ada backup plan, mengatur strategi cara-cara untuk menangani masalah yang tidak diduga sebelum semuanya terlambat.
#10 Takut Kehilangannya
Ya, tiada sesiapa yang dapat menjamin bahawa kehidupan selepas berkahwin itu akan indah selama-lamnya. Namun sebagai suami isteri, kita perlu bertolak-ansur dalam semua hal. Bantu-membantulah dan jika ada masalah, selesaikan sebelum melafazkan kata cerai.
Cuba ingat kembali saat gembira kamu berdua dan betapa susahnya anda dan dia untuk berada di tahap ini. Ingat kembali segala suka dan duka yang banyak diusahakan bersama, takan begitu mudah hatimu berubah?
Di harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi penjelasan yang setimpal seterusnya dijadikan sebagai persediaan agar kamu dan pasangan sentiasa berada dalam keadaan aman dan sentosa sehinggalah ke hari pernikahan nanti. Jaga diri, bersihkan jiwa. Selamat beramal!