Dibulan Ramadhan yang mulia ini sepatutnya dikelilingi dengan berita-berita yang baik. Namun lain pula yg dihadapi oleh pelakon jelita Che Ta apabila dia dikhabarkan diganggu oleh seorang pengkid.
Menerusi muat naik gambar di laman Instagram, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan mengatakan individu dalam gambar tersebut sering kali mengganggunya dengan panggilan sayang.
Tak tahan sering diganggu, Che Ta akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan kemarahannya itu dengan memuat naik gambar wanita yang berpenampilan seperti lelaki itu.
https://www.instagram.com/p/BVLsA0BFvK3/
“Allah dah bagi kau jadi pompuan nak jadi jantan! Dah jadi jantan, kacau bini orang! Kau nak jadi aqnya? Jadi syaiton ka? Dok bersayang- sayang dengan bini orang, muntah la dik! Bulan posa ni muhasabah diri!
“Nak jadi apa pun tak kisah la, jangan kacau hidup orang lain! Ini sebenarnya jalan terakhir yang saya terpaksa ambik diatas kedegilan apa seben kau! Pujuk tak makan saman, marah pun kau tak heran, ini ja makan kau bila aku terpaksa up gambaq ala-ala jantan kau dik,” tulis Che Ta.
Menerusi dari komen-komen pengikut Instagram Che Ta, mereka mengatakan individu yang dimaksudkan itu merupakan seorang penyanyi baharu, Delladellon yang pernah tampil dengan single Persia.
Walau siapa pun dia, sepatutnya menjaga batasan kalau minat sekalipun dengan Che Ta.