Shopee, platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan dengan usahasama erat pelbagai jenama terkemuka seperti Nestle, Unilever, L’Oreal, Oppo dan Huawei. Walaupun Shoppe diantara yang terbaharu dalam industri e-dagang, namun Shopee telah merekodkan lebih 100 juta senarai produk di rantau ini.
Shopee berbangga mengumumkan selebriti Anzalna Nasir dan Mira Filzah telah memilih Shopee sebagai rakan e-dagang bagi melancarkan koleksi raya eksklusif mereka didalam Kempen Cahaya Raya bersama Shopee.
Anzalna Nasir, Duta Produk Koleksi Raya 2017 YouMe&Hunny telah melancarkan 12 rekaan istimewa pakaian raya yang menggabungkan elemen feminin dan berani. “Pada masa kini, elemen e-dagang adalah penting bagi mana-mana jenama fesyen. Saya teruja untuk menampilkan Koleksi Raya 2017 YouMe&Hunny di platform Shopee yang membolehkan saya memasarkan koleksi ini kepada lebih 3 juta pengguna. Shopee juga tidak mengenakan sebarang caj komisyen, oleh itu, saya boleh memberikan nilai penjimatan terbaik untuk peminat saya,” kata Anzalna.
Pelakon Mira Filzah yang juga merupakan usahawan berjaya disebalik jenama popular MF Shawls turut gembira untuk melancarkan Koleksi Raya. “Sewaktu saya merancang untuk melancarkan koleksi Raya ini, saya ingin bekerjasama dengan platform e-dagang yang boleh memberikan nilai tambah kepada peminat saya. Dengan Shopee, peminat MF Shawls boleh menikmati tawaran penghantaran percuma seluruh negara untuk produk yang dibeli dari Kedai Rasmi saya. Tambahan pula, saya suka pendekatan Shopee dalam mengembangkan jenama Muslimah merentas rantau ini dan saya teruja dapat menyertai inisiatif ini,” kata Mira.
Kedai rasmi Anzalna Nasir dan Mira Filzah boleh dilayari www.shopee.com.my/anzalnanasir/ dan www.shopee.com.my/mirafilzahofficial.
Kempen Cahaya Raya Bersama Shopee akan diteruskan hingga 30 Jun 2017. Selain daripada menikmati pelbagai potongan harga dan promosi, pelanggan juga diberi Jaminan Harga Terendah Shopee dan penghantaran percuma untuk aneka jenis produk. Untuk maklumat lanjut, layari cahayaraya.shopee.my.