Zaman sekarang ini segalanya tentang media sosial, Facebook, Instagram, Twitter, Snapchat, rasanya sekurang-kurangnya setiap orang mempunyai satu akaun. Tipulah kalau langsung tak gunakan media sosial. Tapi tidak pada 7 bintang Korea ini yang dilaporkan langsung tidak teringin untuk membuat akaun di media sosial. Kenapa agaknya? Dan siapa mereka yang Wanista maksudkan?
Park Bo Young
“Saya tidak menggunakan media sosial kerana saya tidak fikir personaliti saya sesuai untuk itu. Saya tidak percaya yang saya sudah cukup bersedia untuk melakukannya. Saya cuba untuk menghalang diri saya daripada menjadi lebih beremosi daripada yang sepatutnya.”
Yoo Jae Suk
“Media sosial hanya membuatkan orang tidak dapat memberi tumpuan kepada kerja-kerja mereka yang lain.”
Park Hae Jin
“Melalui media sosial, saya boleh berkomunikasi tetapi saya fikir akhirnya ia lebih kepada perkara negatif berbanding positif. Itulah apa yang saya fikir. Dan itulah sebabnya saya tidak menggunakan media sosial.”
Gong Yoo
“Jika anda pertontonkan kehidupan peribadi anda melalui media sosial, anda mungkin akan mendapat sesuatu daripada itu, tetapi anda juga kehilangan sesuatu yang lain. Saya cuba untuk tidak mendedahkan kehidupan peribadi saya.”
Song Joong Ki
“Saya tidak pandai dengan teknologi (agak tradisional) dan disebabkan itu saya tidak menggunakan media sosial. Saya tidak boleh melakukannya.”
Kang Dong Won
“Saya tidak mempunyai cerita-cerita menarik untuk dikongsi. Sifat saya adalah saya tidak suka bercakap banyak dengan orang yang saya tidak kenal. Setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza, saya tidak tahu jika saya akan dapat berkomunikasi dengan baik di media sosial.”
SHINee Minho
“Saya tidak pandai mengendalikan media sosial dan saya tidak merasa perlu untuk membukanya. Saya tidak mahu membuang masa dengannya. Saya lebih suka mengadakan galeri foto pada pada masa hadapan.”
Kiranya mereka semua agak privasi dengan kehidupan masing-masing tapi alasan Song Joong Ki memang sangat comel sesuai dengan mukanya yang comel tu.