Vaseline dengan rasminya melancarkan usaha bantuan global iaitu Vaseline Healing Project buat pertama kali di Malaysia. Ia sebuah usahasama dengan organisasi bantuan sukarela terkenal HOPE worldwide Malaysia, inisiatif ini bertujuan membantu komuniti kurang bernasib baik dan mudah terjejas yang hidup dihimpit kemiskinan, serta mangsa situasi kecemasan di Malaysia untuk memiliki semula kulit yang sihat.
Malaysia mengambil tempat menyertai misi global jenama ini untuk menyembuhkan kulit 5 juta orang menjelang tahun 2020, bersama inisiatif lain yang sedang diadakan dari Jordan ke Afrika Selatan. Mereka juga melantik Daphne Iking, selebriti aktivis sosial sebagai duta.
Disambil itu Vaseline Healing Project Malaysia membantu Program Perubatan HOPE worldwide Malaysia sebuah perkhidmatan penjagaan kesihatan secara percuma kepada komuniti yang kurang bernasib baik dan juga memberi pendidikan mengenai sanitasi dan kebersihan.
“HOPE worldwide Malaysia berbangga kerana dapat menjadi rakan Vaseline Healing Project, sebuah program mengagumkan dimana kami dapat memberikan penjagaan dermatologi kepada mereka yang memerlukan; dari komuniti miskin urban hingga kampung Orang Asli, serta komuniti terpinggir di Sabah, Sarawak dan Labuan. Penyembuhan dari Vaseline akan membawa peningkatan dalam penjagaan kulit yang amat diperlukan oleh orang ramai,” kata Darick Wong, Pengarah HOPE worldwide Malaysia.
Pengguna Vaseline juga disediakan sebuah platform untuk mereka menghulurkan sumbang Vaseline Healing Project dengan setiap pembelian satu produk Vaseline RM1.00 akan didermakan kepada Vaseline Healing Project bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2017.
Untuk maklumat lanjut mengenai Vaseline dan Vaseline Healing Project Malaysia layari www.vaseline.com.my/healingproject.