Biarpun Hong Kong dilihat sebagai salah sebuah daerah yang maju dan pesat, kepadatan populasinya membuatkan ada sesetengah golongan terpaksa mendiami rumah kecil.
Dianggarkan lebih 200,000 orang di Hong Kong mendiami 88,000 buah rumah yang besarnya umpama keranda.
Badan Perserikatan Bangsa-Bangsa (United Nations) mengeluarkan kenyataan bahawa hal ini dilihat sebagai ‘suatu penghinaan kepada martabat kemanusian’ kerana golongan malang ini terpaksa hidup dalam kesempitan.
Beberapa foto keadaan sebenar dalam kediaman pangsapuri kecil berkenaan telah dirakam dan dipamerkan dalam sebuah acara pameran anjuran Society for Community Organization iaitu sebuah persatuan bukan kerajaan yang bertanggungjawab menegakkan hak kemanusian di Hong Kong bagi mendedahkan gaya hidup mereka yang tidak bernasib baik kepada umum.
Bayangkanlah, tandas duduk yang terletak bersebelahan dapur memasak manakala katil yang sepatutnya dijaga rapi tidak semena-mena menjadi tempat makan dek kerana ruang yang terlalu sempit umpama keranda.
Oleh kerana kos sara hidup yang tinggi di Hong Kong, ramai golongan miskin perlu menerima hakikat untuk terus tinggal di kediaman yang tidak strategik sebegitu.
Foto adalah seperti berikut:-