Hiburan

Rain Tolak Berlakon Filem X-Men Kerana Utamakan “Uhm Bok Dong” -Lee Beom Soo

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Rain Tolak Berlakon Filem X-Men Kerana Utamakan “Uhm Bok Dong” -Lee Beom Soo

Baru-baru ini dalam satu temu ramah bersama aktor Lee Beom Soo tentang pelaksanaan filem terbaharu berjudul “Uhm Bok Dong”, dirinya mengaku sebahagian besar tarikan filem itu ada pada pelakon utamanya sendiri iaitu Rain.

IKLAN

“Dalam filem ini, secara tidak langsung saya dapat mencari dan menemui sisi baru Rain. Dia begitu asli dan sangat bersungguh-sungguh apabila menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelakon, ” jelas Beom Soo.

“Dahulunya saya cuma mengaggap beliau sebagai selebriti biasa namun hari ini ternyata aura lakonan yang dipancarkan oleh Rain sangat mengujakan, ” tambahnya. 

Taman tema rekreasi Hapcheon Theme Park dipilih sebagai set penggambaran filem Uhm Bok Dong. Sumber: cloudusa.blog
Set penggambaran filem Uhm Bok Dong Sumber: cloudusa.blog

Dalam pada itu, Beom Soo turut berkongsi cerita bahawa Rain sebenarnya telah disunting oleh produksi filem X-Men untuk menjayakan sekuel filem adiwira popular berkenaan yang akan memulakan penggambaran pada Julai depan. 

Papan tanda yang tertulis ini adalah lokasi pembikinan filem Uhm Bok Dong. Sumber: cloudusa.blog

Namun begitu tawaran itu terpaksa ditolak Rain kerana beliau sedang sibuk menghabiskan penggambaran filem arahan Beom Soo bersama pengarah Kim Ryu-sung, Uhm Bok Dong yang hanya dijangka akan selesai pada Ogos.

“Kata Rain, dia akan tinggal bersama kami untuk memberi komitmen yang sepenuhnya.”

Tidak dinafikan, memang ramai peminat yang kecewa dan terkejut dengan keputusan Rain untuk menolak tawaran peluang muncul dalam X-Men. Hmm…

Sumber: soompi.com

Uhm Bok Dong adalah cerita yang diadaptasi dari kisah benar, berlaku sekitar zaman pemerintahan Jepun di mana hero pelumba basikal Korea bernama Uhm Bok Dong telah dapat mengalahkan pelumba basikal Jepun dalam sebuah perlawanan anjuran Jepun demi menguasi negara Kimchii tersebut.

Uhm Bok Dong menggabungkan bakat aktres dan aktor terkemuka seperti Rain, Kang Sora, Min Hyo Rin dan Park Jin Jo.

IKLAN

SUMBER 1 & 2