Makanan, Ramadhan & Aidilfitri

Paling Laku! 16 Kuih Raya Jadi Kegemaran Tetamu Di Hari Raya

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Paling Laku! 16 Kuih Raya Jadi Kegemaran Tetamu Di Hari Raya

Raya! Raya! Raya! 

IKLAN

Kunjungan keluarga, sanak-saudara, sahabat handai pasti yang dinantikan semasa hari perayaan. Jadi apa yang paling mustahak ialah menyediakan hidangan dan kuih-muih yang menyelerakan untuk mengisi perut mereka. Namun apa yang menjadi tidak seronok apabila ada pula kuih yang langsung tidak berusik, sampai habis raya pun kuih itu tak laku! 

Sedih kan, tapi hendak buat macam mana, lain orang lain citarasa. 

Bagi anda yang ingin mengelak pembaziran dan berpuas hati melihat bekas kuih-muih sentiasa kosong. Hah! Wanista senaraikan kuih-kuih raya yang sentiasa menjadi perhatian tetamu ketika datang beraya.

#1 Almond London – biskut bersalut coklat dengan intinya kacang badam. 
Foto – Bread et Butter
#2 Tart Nenas – pastri rapuh dengan jem nenas didalam
Foto – Tasty Temptations
#3 Popia Simpul Kasih – kulit popia disimpul dengan isi serunding ayam atau daging
Foto – Suara Perak
#4 Cornflakes Madu – kepingan cornflakes yang digoreng kilas bersama madu. 
Foto – fasyshane
#5 Semprit – kuih tradisional menggunakan bahan mentega, tepung dan esen vanila
Foto – Pinterest.com
#6 Sarang Semut – kanak-kanak paling suka kuih ini, ia rapuh dan sedap 
Foto – Pinterest
#7 Biskut Suji – lemak-lemak manis dan cair bila didalam mulut
Foto – Resepi Hatiku
#9 Biskut Dahlia – sama seperti kuih semprit cuma ia diacu menjadi bunga 
Foto – Jom Mamam – Tumblr
#10 Kuih Ros – rangup dan manis, kuih paling nostalgia dihari raya 
Foto – Hungrygowhere.my
#11 Popia Nestum – kuih alaf baru, kulit popia yang digoreng kemudian disalut tepung nestum 
Foto – Kak Ina KL
#12 Rempeyek – lagi banyak kacang, lagi sedap! 
Foto – Kuliner123.com
#13 Mazola Kacang – semuanya tentang kacang! Siapa tak suka kacang kan? 
Foto – cHeF oBiE
#14 Biskut Marmar Carries – biskut dari susu ini memang sedap tak jemu bila makan
Foto – Cerita Lulu Lilo – blogger
#15 Rich Nut’s Karamel – kekacang yang dibakar bersama gula karamel
Foto – tokeinfo.com
#16 Biskut Lidah Kucing – warna pelangi yang cantik ini memang si kecil suka nak makan
Foto – Resepi Masakan Melayu

 

Jadi lepas ini jangan silap beli lagi tau!