Minuman tenaga Red Bull buat kali pertama melancarkan minuman tenaga mereka bebas gula untuk meluaskan lagi pemasaran dan pilihan kepada pengguna. Edisi terbaharu tanpa gula ini masih mengekalkan kualiti dan rasa yang sama seperti minuman tenaga Red Bull yang terdahulu.
Minuman 250ml dengan hanya 8 kalori ini sesuai untuk yang mereka gemar bersukan dan menjadi pilihan para atlet serantau dunia sebagai minuman tambahan untuk mencergaskan tubuh dan minda. Red Bull juga menjanjikan ‘Red Bull Sugarfree gives you wings’ sementara mengimbangi aktiviti harian anda pada waktu bekerja dan bermain.
Menggunakan bahan berkualiti tinggi iaitu punca air dari Alpine iaitu dari Austria dan Switzerland, Red Bull Sugarfree mengandungi Sucralose dan Acesulfame K iaitu pengganti gula yang paling utama. Bagi memastikan kualiti minuman terjamin, Red Bull Sugarfree (dan minuman lain Red Bull) dihasilkan di Austria dan Pergunungan Swiss.
Red Bull Sugarfree kini boleh didapati di rangkaian kedai runcit Cold Storage, 7-Eleven, Giant, Shell dan Petron diseluruh negara bermula Jun.