Adalah antara acara larian malam yang paling popular! Electric Run kini kembali untuk tahun yang ke-3 menjanjikan lebih keterujaan mengasyikan buat semua peserta dalam kalangan rakyat tempatan serta pelancong asing.
Bakal berlangsung di Anjong Floria, Presint 4, Putrajaya pada Sabtu. 29 Julai akan datang, nantikan kemeriahan berganda penuh kejutan dengan kerjasama AmMetLife Insurance Sdn. Bhd berlandaskan konsep baharu dilegar RECHARGED.
Ayuh melangkah masuk ke alam yang diceriakan dengan pelbagai genre muzik, berlari sambil menari dengan pancaran cahaya neon indah, pasti heboh dan menyeronokkan!
Peserta bakal mengharungi beberapa zon dan apa yang menariknya adalah, setiap satu zon yang dilalui mewakili era-era muzik tertentu termasuklah Hip Hop, EDM, Sugarrush, Polyphonics, Disco dan banyak lagi!
[KLIK SINI] Untuk Pautan Terus Ke Laman Youtube Video Pengenalan Electric Run
Dianjurkan oleh Livescape Group dan disokong oleh Malaysia Major Events (MME), AmMetLife ELECTRIC RUN RECHARGED dianggarkan dapat menarik lebih 18,000 peserta tahun ini dari semua peringkat umur dan seperti biasa, peserta juga bisa menikmati persembahan muzik secara langsung sebaik melepasi garisan penamat yang dihiburkan oleh ramai artis jemputan seperti SonaOne, De Fam, Cuurley DJ Set dan paling gempak, Silento yang popular dengan lagu “Watch Me (Whip/Nae Nae)” pun akan turut serta membuat penampilan khas!
Jadi apa tunggu lagi? Daftar dan beli tiket sekarang di [www.galactix.asia/electricrunmy-2017].
Harga adalah RM98/seorang tetapi jika dibeli secara berkumpulan untuk empat (4) orang sekaligus, 10% diskaun akan diberi iaitu hanya RM88.20/seorang.
Setiap pendaftaran akan disertai pek istimewa yang mengandungi baju-T rasmi Electric Run, pelapik bernombor, gelang berlampu serta kalung pingat yang akan diberikan sebaik tamat larian. Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.galactix.asia/electricrunmy-2017]