Salah satu struktur mercu tanda terhebat di dunia kini sedang menjalani beberapa penambahan baharu.
Eiffel Tower yang banyak menyimpan sejarah Paris itu kini dinaik taraf dengan kelengkapan untuk aktiviti Flying Fox yang bakal dijalankan sebagai salah satu tarikan baru di situ.
Ia adalah setinggi 115 meter dari aras tanah dan bisa mencapai kelajuan sehingga 90km/h melalui kawasan Champ de Mars hingga L’Ecole Militaire.
Biarpun begitu, tarikan musim panas di sini adalah buat sementara waktu dan akan ditutup setiap hari Ahad.
Eiffel Tower telah menerima lebih 7 juta pengunjung setiap tahun dan kini bakal beroperasi sebagai tempat untuk mereka yang aktif dan gemar mencabar diri dengan sukan ekstrem. Dijangka beribu lagi pengunjung yang akan datang untuk mencuba sendiri flying fox di sini.
Paling penting, tunggangan ini adalah percuma dan ia dibuat bagi meraikan perlawanan Tennis Roland Garros yang akan dilangsungkan di bandar itu selaku tuan rumah.