Telefon pintar, bukan satu kemahuan lagi ia merupakan keperluan yang wajib dibawa kemana-mana sahaja. Tak mengenal siapa atau usia telefon pintar sudah menjadi gajet yang bukan sahaja menghubungkan melalui komunikasi dan dalam talian, namun ia juga boleh menggantikan galeri gambar, radio, buku nota dan banyak lagi. Senang cerita sekarang hanya perlu bawa telefon tapi…
Anda kena pastikan telefon yang anda guna itu mempunyai prestasi dan perincian yang menepati untuk kegunaan yang lancar. Telefon pintar pelbagai guna/multitasking adalah pilihan terbaik namun ia memerlukan bajet yang besar.
Sebaliknya pada telefon pintar terbaharu keluaran Huawei iaitu Huawei P10 Lite yang didalam induk model P10 terkenal dengan sistem telefon paling canggih dikeluarkan oleh Huawei.
Huawei P10
Mempunyai kapasiti bateri yang lebih besar dan tahan lama, resolusi kamera dual Leica lebih cantik, anti-calar dan daya penyimpanan memori yang lebih tinggi.
Best kan bila dengar? Biasanya telefon dengan ciri-ciri diatas diperkenalkan dengan harga yang tinggi. Namun Huawei telah mengeluarkan 3 model P10 sesuai mengikut bajet pengguna iaitu Huawei P10, Huawei P10 Plus dan Huawei P10 Lite.
Pada anda yang inginkan telefon pintar canggih Huawei dalam model ‘P10’ tapi dengan bajet rendah, pilihan Wanista untuk anda ialah
Huawei P10 Lite
Rekaan yang eksklusif
Tampil eksklusif dengan kilatan pada permukaan badannya. Potongan model ini juga mudah dipegang dan yang paling penting ianya sangat ringan dan nipis. Sudut telefon pintar ini dipotong khas mengikut potongan kaca 2.5D double-sided.
Kuasa bateri tahan lama
Kuasa bateri 3000 mAh (TYP) yang baharu ini bukan sahaja tahan lama malah ia pantas dicaj semula. Bayangakan dengan hanya caj bateri selama 10 minit anda boleh tonton video selama 2 jam! Teknologi yang digunakan oleh Huawei direka selamat dan disahkan oleh 11 organisasi global.
Fungsi pelbagai guna
Perincian HUAWEI’s Kirin 658 processor yang pantas menyenangkan anda untuk menyiapkan tugasan dengan menggunakan telefon pintar ini. Bukan itu sahaja ia dilengkapi dengan Knuckle Sense Technology yang membolehkan anda melukis, menulis setelah screenshots pada mana-mana klip filem, gambar atau muzik. Tak dilupakan juga sensor cap jari yang hanya dalam 0.3 saat.
Hasil gambar seperti kamera digital
Lensa kamera hadapan 8MP dengan teknologi pengesan wajah automatik memberi gambar tampil lebih semulajadi dan cantik walaupun sudah disunting. Hasil gambar dari kamera belakang pula diberi sentuhan profesional dengan kuasa lensa 12MP dan sensor pixel 1.25μm.
Untuk maklumat lanjut mengenai Huawei P10 Lite dan banyak lagi produk Huawei layari http://consumer.huawei.com atau laman Facebook rasmi Huawei https://www.facebook.com/HuaweimobileMY/