Bukan rahsia lagi, kini 11street telah memperkenalkan laman promosi baharu bersempena kempen Gila-Gila Raya. Ia laman rasmi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia bagi memudahkan pengguna Malaysia untuk membeli-belah untuk keperluan sempena Ramadhan dan Hari Raya.
Kempen terbaru Gila-Gila Raya dibanjiri dengan banyak tawaran menarik dan diskaun luar biasa. Dari jenama barangan popular, jenama utama dan pakaian siap pakai oleh pereka terkenal akan dijual mulai dengan harga RM1!
Apa yang best di Gila-Gila Raya?
- Ganjaran pulangan tunai sehingga 22% untuk setiap pembelian menggunakan kad kredit bagi semua jenis barangan selain ditawarkan penghantaran segera serta percuma bagi barangan tertentu.
- Jenama pakaian terkenal dari pereka selebriti By Remy Ishak, Amar Amran dan MariBeli Butik.
- Tawaran harga menarik untuk barangan keperluan seperti F&N, JOCOM, L’Oreal, MamyPoko, Nestle dan Unilever.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kempen Gila-Gila Raya di 11street, sila layari http://bit.ly/2spWa63