Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba, sudahkan anda membuat persediaan sewajahnya?
H&M Home mengumumkan kolaborasi hebatnya bersama selebriti jelita Anzalna Nasir untuk memilih beberapa item kelengkapan rumah istimewa yang menampilkan koleksi musim panas 2017 dari rangakaian H&M Home sendiri.
Istimewa untuk sambutan gemerlapan Aidilfitri akan datang, kempen ini turut menyaksikan perkongsian usaha dan idea dari penata dekorasi Ben Firdaus Azraai, jurugambar fesyen Raisa Azzam serta jurusolek profesional Khir Khalid.
Untuk pengetahuan semua, Anzalna sangat meminati hiasan dalaman . Oleh itu apa yang dipilihnya ini adalah berdasarkan elemen kegematannya yang bertepatan dengan perayaan Hari Raya bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan serta persaudaraan sesama Islam.
Antara item perhiasan dan barangan kelengkapan rumah pilihan Anzalna adalah termasuk sarung kusyen, selimut, balang kuih, pasu bunga, pinggan mangkuk, lilin, tikar dan banyak lagi!
Kata Anzalna, “Saya sangat teruja kerana bisa berkongsi idea berkenaan hiasan dalamana bersama pengguna untuk Aidilfitri kali ini.
“Kesemua item H&M Home yang saya pilih adalah istimewa berdasarkan cita rasa diri saya,” tambahnya.
Koleksi Anzalna Nasir for H&M Home kini boleh mula didapati dari H&M Home cawangan H&M Avenue K, H&M Quill City, H&M IOI Putrajaya dan H&M Spring Kuching.
Untuk keterangan lanjut, sila lawat laman Facebook rasmi H&M Malaysia di [www.facebook.com/hm]