Quill City Mall Kuala Lumpur, destinasi mesra membeli-belah keluarga dan kanak-kanak di Jalan Sultan Ismail melancarkan kempen Raya Kasih & Cinta bersempena Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri 2017. Kempen ini bermula 25 Mei 2017 hingga 2 Julai 2017 dengan mengetengahkan konsep dari drama adaptasi novel Hero Seorang Cinderella yang kini ditayangkan di Astro Ria dan Astro Ria HD menampilkan Fattah Amin dan Fazura. Penggambaran HSC dilakukan secara eksklusif di Quill City Mall terdiri dari pelbagai butik fesyen, makanan dan hiburan.
Sepanjang kempen Raya Kasih & Cinta, pengunjung akan menikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan seperti:
Taman Botani Diraja, Raya Kasih & Cinta
Pengangkutan Diraja HSC, Kasih & Cinta Quill ‘Love Locks’ dan Bunga Wisteria Memikat Hati
Kemunculan dan Persembahan Khas Artis dan Selebriti
*Aidilfitri Special Appreance by Prima Valet – 28 Mei & 4, 11, 18 June pada 3 petang
*Aidilfitri Special Performance by Hael Husaini – 1 Julai pada 3 petang
*Aidilfitri Special Performance by Amira Othman – 2 Julai pada 3 petang
Promosi Hari Raya dan Aktiviti
- Penebusan Sampul Duit Raya – berbelanja RM99 dalam dua resit pada hari yang sama untuk menebus sampul duit Hari Raya percuma yang direka khas untuk tempoh perayaan ini.
- Penebusan Bantal HSC Edisi Terhad – berbelanja mudah pada RM199 dalam dua resit pada hari yang sama, para pengunjung akan dapat menebus bantal Edisi Terhad ‘Hero Seorang Cinderella.’
Banyak lagi aktiviti menarik akan berada di Quill City Mall Kuala Lumpur, maklumat lanjut, layari Facebook www.facebook.com/quillcitymallkl/ atau Instagram www.instagram.com/quillcitymallkl atau http://www.quillcitymall.com.my