Siapa yang tidak kenal dengan wanita jelita bertudung yang aktif menerbitkan drama-drama hangat di Televisyen ni?
Lihat pada gayanya yang suka mendandan diri serta gemar berfesyen ala muslimah, sudah tentu dia tidak lokek untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi memiliki item fesyen ekslusif biarpun hanya sehelai tudung asalkan sahaja ia cantik di mata bahkan kena dengan cita rasa fesyen diri.
Ziela, atau nama sebenarnya Norzilah Abdul Jalil menganggap ia juga sebagai terapi untuk wanita berhijab menghilangkan tekanan, lapor akhbar Kosmo!
Lapor akhbar tempatan itu lagi, “Pelakon yang popular sekitar 80an itu dikhabarkan sanggup berbelanja antara RM1,000 sehingga RM5,000 untuk membeli sehelai tudung jenama Bawal Exclusive yang diminatinya sejak 2015.
Biarpun begitu laporan yang dikeluarkan Kosmo!, nampaknya Ziela sendiri kurang senang dengan cerita yang disebarkan media tentang dirinya itu. Jelas Ziela, kenyataan dalam laporan yang ditulis wartawan akhbar berkenaan langsung tidak tepat.
“ASTAQFIRULLAH! Tak takut ke buat dosa bulan2 Ramadan ni? Saya rasa Mungkin bapa awak or Tok awak tolong bayar kan bil2 beribu saya berbelanja setiap hari! Reporter yg menulis ni! awak sgt2 jahat and tidak beretikar, dan yg paling bagus awak berani buat onar begini pada bulan yg penuh keberkatan, bulan Ramadan? Yg pasti awak akan dapat balasannya dari Allah atas tulisan yg tidak benar ini!”
Kerana tidak senang duduk dengan tindakan wartawan berkenaan, sejak petang semalam, Ziela tampil menyuarakan isi hati di akuan Instagram miliknya agar para peminat serta masyarakat tidak terbuai dengan laporan yang berbaur fitnah tentang gaya hidupnya itu.