Ada di antara kita lebih memilih untuk menggayakan rambut pendek kerana ianya lebih senang dijaga malah nampak lebih muda berbanding rambut panjang. Betul ke? Tapi penulis memang setuju dengan kenyataan rambut pendek memang boleh membuatkan seseorang itu kelihatan lebih muda dari usia asal. Hai, anda tak nak ke nampak macam gadis remaja walaupun sebenarnya sudah melewati zaman 20-an?
Nak tahu tak, gaya rambut pendek kini merupakan trend terhangat di Korea Selatan dan beberapa pelakon dan penyanyi juga dilihat terjebak dalam trend ini. Pada mereka ia memberi perubahan yang menyegarkan malah tidak merimaskan lebih-lebih lagi ketika musim panas.
Ini 5 bintang Korea Selatan tampil berambut pendek yang menambah sentuhan keanggunan kepada imej mereka secara keseluruhan.
Suzy
Walau ramai netizen terkejut dengan perubahan drastik daripada rambut panjang ikal mayang ke pendek, tetapi rambut pendek potongan layer membuatkan dia nampak lebih segar sekali.
Lee Sung Kyung
Pelik jika rambut pendek ‘Kim Bok Joo’ tidak tersenarai kerana gaya rambutnya sedang hangat di Korea Selatan. Ditambah dengan fringe pendek di depan menambahkan kecomelan kepada sesiapa yang mencuba gaya ini.
Girl’s Day Hyeri
Walaupun kini Hyeri berambut panjang tetapi rambut pendeknya antara yang menjadi ikonik antara bintang K-Pop. Dengan potongan bob ala Victoria Beckham, Hyeri nampak bertambah muda dan segar.
Go Jun Hee
Satu lagi kegemaran penulis ialah stail rambut pendek pelakon Go Jun Hee, dengan pixie cut dan fringe di depan membuatkan dia nampak lebih tinggi dan edgy sekali. Sangat sempurna!
EXID Hani
Ini favorite penulis. Kenapa? Rambut pendeknya nampak sangat lembut dan sihat sekali, malah, Hani nampak sangat comel, muda dan yakin sekali dengan penampilan drastik ini.
IU
Gaya baru IU ini sangat segar dan moden, ia mencerminkan diri IU yang lebih matang seiring dengan usianya kini 25 tahun.
Okay dah dapat idea? Apa kata raya nanti tukar gaya rambut pendek sebegini, mungkin penampilan anda nampak berbeza dan lebih segar nanti.