Sementara cuti sekolah sedang berlangsung, apa kata luangkan masa untuk bawa anak-anak ke Sunway Pyramid hujung minggu ni!
Dari sekarang hingga 30 Jun nanti, satu acara menarik anjuran Astro dan Disney Channel membuka peluang kepada kanak-kanak perempuan menyelami dunia Rapunzel dan rakan-rakan dengan menyertai Tangled Quest di mana anak-anak bersama ibu bapa perlu menyiapkan satu soalan mudah mencari watak-watak utama filem animasi Tangled yang menjanjikan hadiah lumayan seperti pengubah suaian bilik tidur bertemakan Rapunzel!
Manakala hingga 11 Jun pula, anak-anak boleh mengisi masa lapang sambil meningkatkan keyakinan diri untuk mencipta jurnal kehidupan dengan menceritakan impian mereka di hadapan kamera di Tangled Dream Booth dan lebih menarik, semua yang hadir dapat bertemu dan bergambar dengan Rapunzel sendiri! Aktiviti global yang digelar “Dream Big, Princess” ini bertujuan untuk meningkatkan kepercayaan diri kanak-kanak perempuan dan dalam masa yang sama menjadi berani untuk terus mengampai impian.
Dari 11 hingga 18 Jun pula, temui Pascal di pusat beli-belah di Fahrenheit 88 untuk bermain dengannya.
Jangan lupa tonton siri animasi terbaru Tangled The Series di Astro Disney saluran 615 setiap hari Ahad jam 1130am.
Aktiviti menarik Tangled di Sunway Pyramid adalah bertempat di LG2, Blue Atrium.